Saturday, June 29, 2013

“HAND IN HAND” menyatukan pemimpin belia Paroki KSFX





St. Blasius Magatang - Tim Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau; Roselinah Francis, Shane Alex dan Roney Eming bersama dengan pemimpin-pemimpin belia ZON, KUK dan KKD Paroki KSFX berkumpul  untuk program Pertemuan Belia 2 yang telah diadakan pada 22 Jun 2013. Dengan tema “Hand in Hand”, seramai 60 orang pemimpin belia ZON, KUK dan KKD Paroki KSFX menghadiri pertemuan pada kali ini. Antara ZON yang dapat menghadiri pertemuan ini adalah ZON Magatang, ZON Senagang, ZON Menawo, ZON Apin-Apin, ZON Liau, ZON Toboh Laut dan belia daripada Pusat KSFX sendiri. Sebelum ini, pada Pertemuan pertama yang bertema “Dream” telah diadakan pada bulan Mei yang lalu dengan kehadiran seramai 45 orang pemimpin belia.

Program Pertemuan Belia ini merupakan program anjuran Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau bertujuan menyatukan dan mengeratkan lagi persahabatan di kalangan pemimpin belia di Paroki dan Mission yang terlibat. Terdapat dua kali pertemuan diadakan disetiap Paroki/Mission dengan tema yang berbeza. 

Ice Breaking - menjalin persahabatan
Program Pertemuan yang dikendalikan oleh Roselinah Francis bermula dengan nyanyian pujian dan “Ice Breaking” membantu para belia yang hadir bergelak ketawa bersama dan saling terbuka untuk lebih mengenali satu sama lain. Melalui aktiviti “People to people” dan “The Prodigal Son” jalinan persahabatan dalam kalangan belia mulai kelihatan. Para peserta kemudian diajak untuk memuji dan memuliakan Tuhan dengan lagu-lagu Pujian dan Penyembahan serta renungan Bacaan Injil .

Para peserta kemudian dicabar untuk melihat semangat kesatuan mereka dalam kumpulan. Sebanyak 4 kumpulan dibentuk yang mana setiap kumpulan mempunyai ahli-ahli yang buta dan cacat. Setiap kumpulan perlu melalui 4 stesen yang telah disediakan yang bertema ‘Perahu, Belon, Food, Heal.’ Setiap stesen mempunyai cabaran dan halangan yang tersendiri. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk membina persahabatan dan kesatuan di kalangan para pemimpin belia. Di sini mereka dicabar untuk berinteraksi antara sesama walaupun belum mengenali satu sama lain.

Memimpin si Buta!

Teamwork!

Bersatu hati – Gereja memerlukan belia yang bersatu hati memimpin belia yang lain!

Cabaran seterusnya – perlu sama-sama memikul beban yang diberikan!


Pada saat-saat kita tidak dapat melihat, kita memerlukan orang lain untuk menolong!

Sabar itu sangat penting dalam pelayanan!

Berganding bahu! – Belia Harapan Masa Depan

Saat kita tidak mampu bergerak – pasti ada tangan yang menghulurkan bantuan!


Sukacita! - Akhirnya sampai ke tempat yang dituju.
Selepas melalui kesemua stesen, para perserta kemudian diajak untuk merenungkan pengalaman mereka sepanjang perjalanan mereka bersama dengan kumpulan masing-masing. Pelbagai reaksi timbul, antaranya; semangat kesatuan dalam kumpulan dan saling membantu terutama kepada mereka yang tidak berkemampuan, Daripada pengalaman mereka dari stesen ke stesen, Roselinah Francis kemudian mengajukan soalan “Apakah gambaran anda tentang realiti belia di Paroki KSFX? Sebagai satu Paroki, adakah wujudnya kesatuan dalam kalangan anda?” Soalan ini membantu pemimpin belia merenungkan hubungan diantara mereka terutama sebagai sebuah Paroki. 

“Pelayanan Belia adalah pelayanan dari anda belia, kepada belia dan untuk belia. Panggilan kita umat katolik – Para Belia mengongsikan hidup kita kepada para belia yang lain. – Panggilan untuk merasul. Kita perlu menjangkau para belia disetiap ZON, KUK dan KKD. Namun semua ini tidak akan tercapai tanpa kesatuan dari anda. Gereja memerlukan anda. Saya tidak dapat melakukan semua ini sendiri tanpa anda.”  
Roselinah Francis, Koordinator Belia Katolik Keuskupan Keningau

Program Pertemuan 2 berakhir dengan doa penutup iaitu sebuah pergerakan sebagai simbolik kepada rahmat kesatuan yang mereka peroleh sepanjang hari tersebut.  
Pemimpin Belia ZON Magatang
Pemimpin Belia ZON Senagang
Pemimpin Belia ZON Toboh Laut
Pemimpin Belia ZON Liau
Pemimpin Belia ZON Menawo
Pemimpin Belia Pusat KSFX

“Saya rasa bersyukur kerana belia dari seluruh Paroki KSFX dapat berkumpul bersama-sama di Zon kami. Program Pertemuan kali ini merupakan program yang lain daripada yang lain, tidak pernah saya alami sebelum ini. Melalui pertemuan ini, saya merasakan persahabatan yang indah daripada semua para peserta, walaupun saya tidak kenal semua tetapi dengan aktiviti simple ini kemesraan itu mula terjalin. Saya sungguh-sungguh terharu dan gembira”   
Florence, Pengerusi Belia Zon Magatang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...