Friday, June 7, 2013

YOUTH RALLY ANJURAN PERTAPAAN KARMEL KAINGARAN

TAMBUNAN - Bertempat di Gereja Holy Cross Toboh, Tambunan pada 06 Jun 2013 yang lalu, telah diadakan program Youth Rally yang dianjurkan oleh para Sister Puteri Karmel bersama Brother CSE dari Pertapaan Karmel, Kaingaran Tambunan. Youth Rally ini dihadiri lebih kurang 500 orang belia dan umat yang datang dari seluruh pelusuk Sabah termasuklah belia dari Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Papar, KK, Bundu Tuhan dan sebagainya.

     'Youth Rally' merupakan satu usaha murni para sister dan brother dari Pertapaan Karmel, Kaingaran untuk memberi pemahaman ringkas tentang Ekaristi Kudus serta membantu para belia kita untuk disembuhkan melalui doa-doa penyembuhan. 

     Pada hari Youth Rally ini diadakan, ianya dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Sr. Dominica (Puteri Karmel) tentang Ekaristi Kudus. Banyak perkara yang disentuh oleh beliau terutama sikap para belia yang seringkali tidak menunjukkan sikap hormat semasa Misa Kudus dijalankan. Di antara sikap2 itu ialah tidur semasa homili father, melambai-lambai tangan @ bersalaman semasa menuju menerima komuni kudus, ber'SMS', memakai pakaian tidak elok ke gereja dan sebagainya. Beliau juga menyentuh tentang IMAN iaitu sejauhmana kita umat katolik percaya kepada Yesus Kristus.

     Selesai sahaja sesi perkongsian, 2 orang Brother mengambil alih dengan mengendalikan puji-pujian yang seterusnya disusuli dengan Perayaan Ekaristi yang menyaksikan perarakan masuk oleh 34 orang Paderi dari Negara China bersama dengan Fr. Giovanni, Fr. Boniface dan Fr. Roney Mailap. Misa diteruskan seperti biasa dan selepas komuni, seorang brother dan seorang sister mengendalikan sesi penyembuhan sebelum doa dan berkat penutup.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...