PAROKI HOLY CROSS
TOBOH DAN PAROKI ST.THERESA, TAMBUNAN
Oleh: Felsie S. Filex
TAMBUNAN- Lebih kurang 40 orang belia telah menghadiri program
pertemuan belia ke-2 pada 6 JULAI 2013. Program ini telah diadakan di dewan Ton
Putman, Holy Cross Toboh.
Program ini
bertujuan untuk mengeratkan lagi persahabatan dalam kalangan pemimpin belia
daripada kedua-dua paroki. Selain itu, program ini juga mengajak para belia
untuk menyedari bahawa pelayanan di dalam belia itu memerlukan kesatuan
daripada semua belia.
Pertemuan
belia tersebut bermula pada jam 8.30am yang dimulakan dengan pendaftaran belia
daripada seluruh paroki HCT dan STT. Seterusnya, pertemuan ini diteruskan
dengan doa pembukaan, pujian dan ice breaking.
Selepas sesi ice
breaking, pertemuan tersebut diteruskan dengan aktiviti “hand in hand”(treasure hunt). Aktiviti ini bertujuan agar para
belia menyedari semangat kesatuan itu penting dalam sesebuah komuniti dan juga
menyedari realiti belia pada hari ini.
Melalui perkongsian, daripada saudari Roselinah
selaku fasilitator bagi program ini dan juga perkongsian daripada rakan-rakan
yang lain,para belia disedarkan bahawa banyak situasi yang berbeza berlaku
kepada belia pada hari ini. Tambahan lagi, dengan perkongsian daripada Fr. Roney Mailap sendiri yang
menyatakan bahawa “sebagai komuniti kita sangat memerlukan antara satu sama
lain walaupun kita Smempunyai sifat dan sikap yang berbeza”.
Bergambar bersama dengan semua peserta |
Pada akhir pertemuan tersebut, sekali lagi ditekankan sebelum doa penutup bahawa, kesatuan dalam kalangan para belia sangat penting dalam pelayanan sebagai kerasulan belia katolik di setiap KKD, KUK, Paroki mahupun di bahagian Keuskupan. Selepas doa penutup, acara bergambar bersama telah diadakan.
“Perbezaan sifat atau sikap dalam diri seseorang bukanlah penghalang untuk mengadakan kesatuan dalam komuniti”
No comments:
Post a Comment