....apa yang keluar dari seseorang itulah yang menajiskannya, sebab dari dalam hati orang, timbul segala fikiran jahat...(Mk 7:14-23)
Petikan Injil hari kelmarin menceritakan betapa ahli-ahli Farisi dan Taurat mementingkan hukum... segala sesuatu berkisar pada hukum...makanya kesalehan / alimnya sesorang itu diukur pada sejauhmana seseorang itu hidup menurut hukum.
Adakah Katolik tidak mementingkan hukum? Katolik juga mempunyai set hukum dan nilai nya yang tersendiri. Malah kita adalah dituntut untuk mentaati ajaran / hukum / nilai pegangan Katolik.
Adalah sangat indah ajakan Yesus pada hari ini, dan ianya sangatlah bersesuaian dengan ajaran Katolik itu sendiri, iaitu dalam perihal melatih peribadi / naluri kita untuk menolak bibit-bibit pemikiran yang tidak teratur, agar kita sentiasa hidup dalam kekudusan.
Hari ini, kita di ajak untuk sentiasa memperhatikan apa sahaja yang bermain di benak pemikiran / hati kita. Mahu memperhalusi agar tidak timbul fikiran-fikiran yang jahat dan boleh membinasakan kita. Dan bagi para belia ini merupakan satu latihan rohani yang sangat sukar.
Hanya dengan membangun relasi yang erat dengan Tuhan Yesus, kita dalam kehidupan seharian akan dapat belajar untuk mengenepikan bibit-bibit pemikiran yang tidak teratur. Mungkin kah hari ini kita di ajak untuk meneliti diri kita sendiri iaitu;
1. Sejauhmanakah saya membenarkan diri saya untuk dipimpin oleh Roh Allah?
2. Ketika saya di datangi dengan buah fikiran yang tidak teratur, adakah saya berusaha untuk menolak pemikiran itu dengan meminta bantuan Tuhan atau saya terus melayan buah fikiran tersebut kerana ianya memberikan kepuasan kepada saya?
** buah fikiran yang tidak teratur ---cth. memaki hamun orang lain dalam hati, keinginan untuk memfitnah, menyumpah orang lain, dsbg...---
Doa singkat
Ya Tuhan, di kala saya di datangi dengan buah fikiran yang tidak teratur, bantu, kuatkan dan bebaskanlah saya daripada buah-buah fikiran tersebut. Amen
No comments:
Post a Comment