Monday, April 15, 2013

Belia St. Anthony & Kemabong gembira dalam Program Pertemuan Belia.

Tenom - Buat julung kalinya, para pemimpin belia di Gereja St. Anthony, Tenom dan Gereja Bonda Maria, Kemabong digabungkan untuk program Pertemuan Belia bertempat di Gereja St. Anthony, Tenom. Seramai 22 orang belia mewakili gereja pusat dan outstasi Paroki Tenom berjaya menghadirkan diri manakala 2 orang belia dari Mission Kemabong juga berjaya menghadirkan diri menjadikan jumlah peserta Pertemuan Belia seramai 24 orang (sila tepuk tangan...). 
Wajah-wajah ceria belia St. Anthony & Kemabong

Mungkin ada yang tertanya2, apa bha program yang kasi gabung2 paroki ni lepas tu 1 hari saja aturcara program. Ok rakan-rakan belia yang terkasih, Program Pertemuan Belia ini pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. Program ini bertujuan untuk menarik minat rakan-rakan belia kita yang macam mau menjauhkan diri sudah sama Gereja atau sama Tuhan. Jadi diharapkan program ini akan dijadikan panduan sebagai cara untuk para belia yg aktif di setiap paroki untuk mengajak kembali rakan2 yang nakalalau/nakalawong sdh. Jadi untuk keterangan lanjut, nantikan kehadiran kami daripada Tim Komisi iaitu Sdri. Roselinah Francis dan Roney ke Paroki anda.... 
Games yang mencetus gelak tawa peserta


Fokus ya...

Ok berbalik kembali pada program pertemuan belia di Tenom, acara dimulakan dengan sesi pendaftaran dan puji-pujian. Tebelajar jugalah para peserta tarian dan lagu 'Selamat Datang' dari pelbagai bahasa seperti 'Ni hao ma'(cina), Sabaidee(myanmar), Kopisanangan(Dusun) dan byk lagi. Then diadakan sesi Games. Pelbagai aksi lucu daripada peserta semasa games sampai MC pun tidak tahan perut berketawa. Para peserta bermain dengan bersungguh2 walaupun perut hampir pecah sebab ketawa saja karaja hahaha... After games, we all take rest and ada sharing food iaitu makan karipap dan kupi tenom ^_^.
Mata duitan la they all ni..

Ko pigi mana tu Silver? telimpas sdh kerusi...

Apa bah aksi dorang ni arr? sila teka sendiri...
 After Rest, baru masuk ke sesi yang lebih mendalam iaitu renungan Sabda Tuhan dan sesi perkongsian dalam small group and big group. At least, terluah juga perasaan beberapa peserta hoho.. Then after semua2 tu, pertemuan diakhiri dengan berdoa dihadapan Alkitab dan upacara perpisahan yg unik. (Mau tau macam mana? tunggu di Paroki anda..)

Pastu paling last, diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Semua peserta yang menang sangat happy menerima hadiah seolah2 menerima BR1M. Then makan tengahari beramai-ramai. JUMPA LAGI DI PERTEMUAN KEDUA!!! 
Wajah gembira Pemenang paling Manang pada hari tersebut...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...