Tuesday, April 23, 2013

DESTINASI PERTEMUAN BELIA KE-3: PAROKI SOOK

SOOK - Dewan Gereja St. Petrus Sook menjadi saksi tempat pertemuan belia bagi seluruh Paroki Hati Kudus Sook. Walaupun hanya sedikit saja belia yang datang iaitu seramai 20 orang, namun aktiviti tetap berjalan lancar. Satu kebaikan kalau sikit peserta ialah senang mau ingat nama dorang :) dan senang juga berkenalan sebab pusing2 pun, jumpa urang yg sama juga hoho. Tapi harap2 untuk pertemuan kali kedua nanti, akan lebih ramai lagi belia terbuka hati untuk datang turut serta dalam program ini. Komisi Belia kali ini datang bertiga iaitu Roselinah Francis, Shane Lumau & Roney.

Inilah wajah2 belia di Sook
Jadi, Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan aktiviti action song dan welcoming song. Then Doa pembukaan dan pembacaan Injil. Seterusnya, acara Games show yg menceriakan semua belia yg hadir. Sangat seronok bila melihat belia menyokong ahli kumpulan masing2 dengan sorakan dan tepukan. Lepas 3 games berlalu, ada sesi minum pagi = Biskut 4 segi + Kupi susu :) . Yg bikin siok klu time minum ni, kita bulih becerita2 dan berkenal2an di antara satu sama lain dgn lebih dekat lagi.

After minum pagi, Sesi yg lebih serius dimulakan iaitu Talks yg disampaikan oleh Koordinator Komisi Belia, Cik Roselinah Francis bertajuk "Dreams". Apakah impian anda terhadap diri anda, belia dan juga keluarga antara topik dalam tajuk ini. then ada perkongsian juga. selepas itu, Ritual doa mempersembahkan impian mereka kepada Tuhan dilakukan dan diakhiri dengan doa penutup dan sesi bergambar. Paling akhir ialah sesi makan bersama.. bikin takajut tu nasi 1 lanjang basar kena masak hihi....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...