Tuesday, April 23, 2013

SENTUHAN KASIH PERTEMUAN BELIA DI BEAUFORT & SIPITANG

BEAUFORT - Pada 21 April 2013 iaitu sehari selepas Pertemuan Belia di Gereja Roh Kudus Sook, Tim Komisi Belia meneruskan pelayanan di Gereja St. Valentine, Beaufort untuk melaksanakan Program Pertemuan Belia untuk para belia di St. Valentine Beaufort yang digabungkan bersama belia St. Yohanes Pembaptis, Sipitang. Seramai lebih 60 orang belia dari kedua2 paroki ini telah menghadirkan diri dan ini satu perkembangan yang baik dan actually di luar jangkaan komisi :). Tahniah untuk Paroki Beaufort & Sipitang dan Terima Kasih untuk komitmen anda semua.


Wajah-wajah gembira para belia Beaufort & Sipitang yang amat sporting macam belia di tempat lain juga..
Seperti biasa, Pertemuan dimulakan dengan welcoming song dan disusuli Games yang memupuk kerjasama berkumpulan. Para belia dibahagikan kepada 6 kumpulan dan apa yg bestnya, setiap kali kumpulan lain beraksi, kumpulan yg lain menjadi penyokong dengan tepukan, sorakan dan latar bunyi angrybirds (si Richie la tu).. Games pertama, setiap kumpulan diminta membina menara tinggi menggunakan kerusi then games kedua umban botol mineral guna selipar di kaki dan games ketiga ialah penguin-penguin. Ternyata para belia disini juga amat sporting dan kita ada Mr. Beaufort juga iaitu Sdra. Russell (Sebab dia paling tinggi haha).. 
Jangan curi kerusi kami...
Kasi tinggi2 lagi menara kerusi...
Kumpulan paling manang sebab...


         
Main umban selipar...
Penguin terbang...

Selepas berpenat lelah dalam games, masa rehat pun tiba dan para belia dihidangkan dengan pelbagai jenis BUN dan Kupi susu / kupi itam.. memang menyelerakan...

Khusyuk mendengar...
Concentrate betul derang kan...
After berehat, Talks tentang DREAMS dimulakan dan para peserta diminta menulis impian dalam kertas dan membentuk kertas tersebut menjadi bentuk buah yg disukai. Hasilnya, ada yg buat buah epal, pisang dan macam2 tapi ada juga tekeluar tajuk, drg pi buat bentuk kapal, kuih sapit dan macam2 hihi... Setelah siap, 'buah2' tersebut digantung di ranting pokok yg disediakan oleh belia beaufort. 
Kawan2 boleh lihat melalui gambar yang tertera di bawah ini. Dan sudah tentu ianya diiringai dengan doa sebelum menggantung. Selepas itu, doa penutup, lagu perpisahan dan seterusnya sesi bergambar beramai2. 




Nah kan.. berbuah sudah tu pokok....


Inilah pokok ranting yg belum berbuah :)


'Membuahkan' pokok ranting...


 
Sebelum berpisah, sekali lagi para belia dihidangkan MEE GORENG + Minuman kotak. Betul2 puas hati sebab para belia sgt sporting di samping perut telampau kenyang. Thanks God. Jumpa lagi di Program pertemuan belia kali ke 2 di Sipitang :) .


Chef cook yg mengguring mee.. c Veron & Vina.. Chayo2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...