Tuesday, July 30, 2013

BERMULA SEKALI LAGI

Program Pertemuan Komisi Belia Katolik Keuskupan Keningau Bersama AJKT MPP KSFX
Pengerusi-Pengerusi ZON, Pengerusi-Pengerusi Belia ZON Paroki KSFX


KSFX, Keningau – “Bermula Sekali Lagi” merupakan tema Pertemuan Tim Komisi Belia Katolik Keuskupan Keningau bersama dengan AJKT MPP KSFX, Pengerusi-pengerusi Zon dan Pengerusi-pengerusi belia Zon, Paroki KSFX pada 27 Julai yang lalu. Seramai 23 orang telah menghadiri pertemuan tersebut.
Misi utama pertemuan ini diadakan adalah untuk membantu Kerasulan Belia di Peringkat Paroki KSFX untuk berjalan bersama dengan pemimpin gereja di Paroki KSFX sebagai sebuah keluarga di dalam Yesus Kristus. Pertemuan yang diadakan kali pertama ini mempunyai tiga objektif iaitu mengongsikan realiti dan situasi yang berlaku dalam Kerasulan Belia Katolik Paroki KSFX, mengongsikan keperluan serta cabaran yang dialami KBK KSFX dan mengongsikan Pelan Perancangan Pastoral khusus kepada Kerasulan Belia KSFX.
Pertemuan ‘Bermula Sekali Lagi’ bermula pada jam 8.30 pagi iaitu ketibaan dan minum pagi bersama disusuli pewartaan Injil dan doa pembukaan oleh Bishop Cornelius Piong. Program diteruskan dengan kata-kata aluan dan penerangan ringkas perjalanan program dan  objektif pertemuan oleh Koordinator Komisi Kerasulan Belia, Sdri. Roselinah Francis.
Program Pertemuan tersebut Kemudian diteruskan dengan perkongsian daripada Bishop Cornelius Piong yang bertajuk Visi, Misi, Harapan Diosis Keningau. Di dalam perkongsian ini, Bapa Uskup mengajak semua yang hadir untuk melihat kembali apa yang telah berlaku di Keuskupan Keningau. Bapa Uskup juga telah mengongsikan Sejarah Penubuhan Keuskupan Keningau serta cabaran-cabaran yang dihadapi ke arah penubuhan sebagai sebuah Keuskupan.
“Pada mulanya saya tidak tahu apa yang harus dilakukan, maka saya mengumpul semua paderi, religious dan umat awam untuk merangka perancangan pastoral untuk Keuskupan Keningau yang dipanggil ‘PUKAT’ – Perhimpunan Umat Katolik” – Bishop Cornelius Piong


Di dalam perkongsiannya, Bapa Uskup juga mengingatkan agar belia KSFX selalu bersama dengan belia-belia ZON, KUK dan KKD dengan semangat dan melakukannya dengan kehadiran Yesus. Kerana tanpa cintakasih kepada Yesus, pelayanan itu bukan sahaja kosong tetapi mudah lemah. Dalam pelayanan, kebersamaan dan kesatuan dengan Yesus harus ada.  

Selepas perkongsian daripada Bishop Cornelius Piong, pertemuan diteruskan dengan “Bermula Sekali Lagi” oleh Roselinah Francis. Di dalam sesi ini, Roselinah Francis telah mengongsikan situasi dan realiti yang berlaku di dalam Kerasulan Belia Paroki KSFX yang memerlukan perhatian daripada semua pihak. Akhirnya, pelan perancangan pastoral dibentangkan untuk dibincangkan bersama seterusnya disusuli oleh sesi dialog terbuka. Dialog terbuka yang mengambil masa 1 jam 50 minit jelas menunjukkan bahawa kesatuan diantara semua pihak amat perlu dalam perkembangan iman para belia. Program pertemuan kemudian diakhiri dengan doa penutup oleh Fr. Ronnie Luni disusuli oleh nyanyian lagu Wawasan, Visi dan Misi Keuskupan Keningau iaitu “Umat Allah Berjalan Bersama”. Kemudian diikuti oleh fellowship kesyukuran Ulangtahun Pentahbisan menjadi Imamat Fr. Ronnie Luni.  


Tuesday, July 16, 2013

PROGRAM PERTEMUAN BELIA KE-2

PAROKI HOLY CROSS TOBOH DAN PAROKI ST.THERESA, TAMBUNAN

Oleh: Felsie S. Filex

TAMBUNAN- Lebih kurang 40 orang belia telah menghadiri program pertemuan belia ke-2 pada 6 JULAI 2013. Program ini telah diadakan di dewan Ton Putman, Holy Cross Toboh.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi persahabatan dalam kalangan pemimpin belia daripada kedua-dua paroki. Selain itu, program ini juga mengajak para belia untuk menyedari bahawa pelayanan di dalam belia itu memerlukan kesatuan daripada semua belia.

Pertemuan belia tersebut bermula pada jam 8.30am yang dimulakan dengan pendaftaran belia daripada seluruh paroki HCT dan STT. Seterusnya, pertemuan ini diteruskan dengan doa pembukaan, pujian dan ice breaking.


Selepas sesi ice breaking, pertemuan tersebut diteruskan dengan aktiviti “hand in hand”(treasure hunt). Aktiviti ini bertujuan agar para belia menyedari semangat kesatuan itu penting dalam sesebuah komuniti dan juga menyedari realiti belia pada hari ini.
Melalui perkongsian, daripada saudari Roselinah selaku fasilitator bagi program ini dan juga perkongsian daripada rakan-rakan yang lain,para belia disedarkan bahawa banyak situasi yang berbeza berlaku kepada belia pada hari ini. Tambahan lagi, dengan perkongsian  daripada Fr. Roney Mailap sendiri yang menyatakan bahawa “sebagai komuniti kita sangat memerlukan antara satu sama lain walaupun kita Smempunyai sifat dan sikap yang berbeza”.




Bergambar bersama dengan semua peserta
Pada akhir pertemuan tersebut, sekali lagi ditekankan sebelum doa penutup bahawa, kesatuan dalam kalangan para belia sangat penting dalam pelayanan sebagai kerasulan belia katolik  di setiap KKD, KUK, Paroki mahupun di bahagian Keuskupan. Selepas doa penutup, acara bergambar bersama telah diadakan. 

“Perbezaan sifat atau sikap dalam diri seseorang bukanlah penghalang untuk mengadakan kesatuan dalam komuniti”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...