NAMA :
IRENE CARMEN CHONG
PAROKI :
KSFX
PASTORAL :
SEPULUT, NABAWAN
“Semenjak saya mengenal
Yesus dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Tuhan, saya percaya Dia
sentiasa menyertai dalam segala sesuatu yang saya lakukan. Walaubagaimanapun,
sebagai manusia biasa, kerisauan kadang-kala menghantui diri. Namun, keyakinan
dan kepercayaan saya kepada Dia semakin teguh sepanjang saya berada di Sapulut.
Saya dapat merasakan kehadiran-Nya setiap kali saya dalam kebimbangan dan
semasa saya melaksanakan aktiviti yang telah dirancang bersama dengan umat. Roh
Kudus benar-benar bekerja keras dalam diri saya. Amalan berdoa amat membantu
saya dalam bekerja menjayakan rencana-Nya. Perkembangan iman saya
selepas bersama dengan komuniti Katolik di sana boleh diumpamakan seperti benih
yang mula bercambah setelah disemai. Benih iman saya bertambah baik dan
berkembang dengan disinari cahaya kebenaran, disirami dengan hujan Sabda,
dibajai dengan keyakinan dan kepercayaan serta dikuasai oleh Roh Kudus. Saya
amat bersyukur atas segalanya.”
NAMA : BRYN BAAN
PAROKI : KSFX
PASTORAL : SEPULUT, NABAWAN
“Saya
mengalami keadaan perit dan risau pada masa apabila saya mula masuk ke Kg.
Sepulut itu kerana belum biasa dengan keadaan kampung tersebut. Perkembangan
iman saya selepas 5 hari berada di kampung itu amat baik sekali lebih-lebih
lagi selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam hidup saya dan amat baik
sekali apabila dapat berkomunikasi dengan penduduk kampung dan dari situlah iman
saya mula bertumbuh. Saya juga dapat membiasakan diri di kampung tersebut
dengan berkat dan doa serta dorongan rakan-rakan dan saya juga bersyukur kepada
Tuhan kerana semangat doa saya selama ini berhasil juga.”
NAMA : PEARLY ANN JOHN
PAROKI : ST. PETER, BUNDU KUALA PENYU
PASTORAL : KG. MAATOL, SOOK
“Selama berada di Kg. Maatol, saya
tertarik dengan pergaulan komuniti yang begitu mesra meraikan kehadiran
ahli-ahli BMK yang dihargai dalam komuniti ini. Kemesraan ini menyedarkan saya
bahawa kasih Kristus ada di dalam kalangan komuniti kampung. Di sana juga, saya
memimpin Doa Kerahiman Ilahi bersama keluarga angkat dan saya bersyukur kerana
kasih Kristus sentiasa hadir dalam pelayanan
kami dan kehadiran kami mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.”
NAMA
:
CHRISTINA PRIMUS
PAROKI
:
KSFX
PASTORAL : KG. MAATOL
“Saya
bersyukur kerana dapat melayani bersama keluarga angkat. Selain bersama-sama
dalam berdoa Rosari dan Kerahiman Ilahi, saya juga telah berkongsi Sabda Tuhan bersama
dengan keluarga angkat di kampung melalui pembacaan harian Alkitab. Puji syukur
saya dalam program BMK ini, saya merasai bimbingan Tuhan dalam membantu
komuniti Kg. Maatol lantas menghidupkan Firman Tuhan dan Saya juga telah
memberanikan diri mengatasi sifat pemalu yang ada dalam diri saya sebelum
menyertai BMK ini.”
NAMA : JAYSON CYRELLIUS BIN JULIUS
PAROKI :
ST. ANTHONY, TENOM
PASTORAL :
KG. MALAING
“Tuhan ingin supaya saya belajar dalam hidup
kesederhanaan di samping mengalami cinta kasih antara satu sama lain serta
menerima segala cabaran dan rintangan yang saya lalui dalam hidup ini. Tuhan
juga mahu saya menjadi utusanNya sebagai pewarta Khabar Gembira kepada penduduk
Kampung Malaing dan Tuhan mahu saya mempunyai keyakinan dan keberanian dalam
melakukan sebarang aktiviti. Selain itu, apa yang Tuhan mahu saya lakukan juga
adalah supaya saya dapat melakukan tugas mahupun pelayanan saya dengan sempurna
dan mengatasi kelemahan pada diri saya... Tuhan mahu saya menjadi seorang yang
boleh memimpin dan seorang yang berani dalam melaksanakan apa-apa program. Semoga
Tuhan memberkati saya untuk menjadi pewarta Khabar Gembira kepada umat kristian
yang masih sesat jalan.”
NAMA : VALENTINE VENSONLE PETRUS
PAROKI :
KSFX
PASTORAL :
KG. SIMBUAN
“Saya telah memilih
untuk berani kerana benar, sebab saya tahu, Tuhan mendorong dan memimpin saya
ke jalan yang benar dengan kuasa Roh kudusNya yang membantu saya. Saya juga mengambil
sikap rendah hati, di mana Kasih Allah telah meneguhkan iman saya, sebab saya
percaya bahawa saya telah diutus seperti dalam sabdaNya: “Pergilah dan jadikanlah
semua bangsa muridku”Mat 28:19. Saya telah menghayati dan mengamalkan SabdaNya di
dalam bimbingan Roh Kudus lalu memberitakannya dan
saya percaya semua umat yang kudus akan percaya akan Tuhan dan sentiasa
mengutamakan Tuhan di dalam kehidupan seharian mereka.”
NAMA : ROSALIA WONG
PAROKI :
ST. ANTHONY, TENOM
PASTORAL :
KAMPUNG SIMBUAN, SOOK
“Saya benar-benar
merasakan kehadiran Tuhan Yesus dalam diri saya. Saya kini lebih
berani dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan ramai orang. Tuhan sentiasa
melakukan yang terbaik untuk hidup saya. Bila saya memerlukan rakan yang
berpengalaman dalam kumpulan saya, Dia lebih dahulu tahu apa yang saya
perlukan. Dia berikan saya kawan yang baik dan sanggup bersusah-senang dalam
pelayanan di kampung yang saya lawati.
Saya lebih
mempercayai bahawa Tuhan itu hadir dalam diri saya sendiri. Rohnya ada di dalam
diri saya. Tuhan mahu saya lebih memahami orang lain dan menjadi pengantaranya.
Saya berjanji akan terus setia dengan program BMK dan menjadi saksi-saksiNya
mempertahankan kebenaran.”
NAMA :
LORENZO JENISE
PAROKI :
KSFX
PASTORAL :
KG. SIMBUAN
“Akhirnya saya faham
dan mula mengerti apa yang Dia telah rencanakan untuk saya. Tuhan mahu saya
masuk dalam komuniti di kampung ini dengan menjadikan diri saya anggota
keluarga mereka. Saya tetap berusaha untuk mengaplikasikan carta 3 segi gereja kita iaitu, lihat, nilai
dan bertindak. Saya mula dibaharui, dan terang dalam hati saya
yang selama ini sudah terpadam, mulai bersinar kembali walaupun mungkin belum
lagi ‘terlampau terangkan’… tapi saya bersyukur sebab Tuhan sentiasa hadir dalam diri saya. Saya mulai sedar, Firman
Tuhan itu sentiasa berkaitan dan meliputi sepanjang hidup ini. Dengan bekerja
dalam komuniti, Iman itu berkembang lebih cepat, dan saya mula menerapkan sikap
pemaaf dan juga mula lebih menyintai Tuhan Yesus Kristus… Terima kasih Yesus. ...Saya betul-betul merasakan kehadiran Tuhan di
sekeliling saya dan ini adalah satu tugas baru yang Tuhan mahu saya lakukan
iaitu, mencari kebenaran dan mengaplikasikannya dalam hidup agar saya
betul-betul berjalan di dalamnya seperti dalam tema BMK tahun ini, “Go, and
make disciple of all nation” Mat 28:19”.
NAMA :
CLARICE JAMES
PAROKI : KSFX
PASTORAL : KG.
SANANG
“Sepanjang berada di Kg. Sanang, saya lebih percaya
pada kata hati saya sendiri kerana saya dapat merasakan Roh Kudus berkarya di
dalam diri saya. Saya juga percaya kepada InjilNya yang hidup melalui doa saya
di dalam apa jua keadaan hidup ini seperti kesusahan yang sedang dihadapi oleh
orang lain. Kedatangan saya ke Kg. Sanang seperti telah dirancang dan tugas
telah tersedia bagi saya untuk dikerjakan. Sepanjang berada di kampung, saya
mula belajar hidup sederhana, percaya pada rencanaNya, menggunakan bakat yang
ada pada diri demi kemuliaanNya, bersikap bekerjasama dan saling membahagiakan
dan mengubah kebiasaan hidup saya yang lama dan tidak bererti kepada yang lebih
bererti. Saya percaya Tuhan mahu menyatakan kasihNya kepada saya walau dalam
apapun keadaan."
NAMA : LISSA JOHANNES
PAROKI : ST. PETER BUNDU, KUALA PENYU
PASTORAL : KG. SANANG
“Banyak pengalaman yang berharga bersama
mereka terutama sekali bersama anak-anak kecil di sana membuat saya terhibur.
Kebaikan, keramahan, suka tolong-menolong dan sikap hormat membuatkan saya
berasa istimewa semasa berada di situ. Walaupun begitu, saya belajar untuk
lebih terbuka dan bersikap merendahkan diri dan saya lebih suka melakukan
aktiviti bersama-sama mereka daripada dilayan istimewa.
Setelah mengalami pengalaman
bersama keluarga angkat di kampung, saya dapat merasakan bahawa Tuhan ingin
memberitahu saya supaya tidak perlu takut dan khuatir dalam keadaan hidup yang
mencabar. Apa yang perlu saya lakukan adalah saya hanya perlu melihat Dia
menggunakan mata iman dalam situasi apapun dalam hidup saya. Saya perlu lebih
mendekat diri kepada-Nya dengan taat berdoa dan menghayati firman Tuhan setiap
hari. Selain itu, setelah melihat keadaan umat Kg. Sanang yang memerlukan
bimbingan dari segi rohani saya akan cuba membantu mereka untuk mendapatkan
rujukan seperti buku-buku yang berkaitan iman, doa-doa, dan lagu-lagu rohani.
Mungkin juga Tuhan mahu saya melihat dan membantu orang-orang yang memerlukan
di sekeliling saya samada dalam keluarga, pelayanan, komuniti, dan di tempat
kerja saya.”
NAMA:
RONEY ALFRED EMING
PASTORAL :
KG. MALAING
“Dalam segala pengalaman yang saya lalui di Kg.
Malaing, saya mendapati Tuhan mahu saya lebih tabah dalam pelayanan dan
meneruskan keinginan saya untuk melihat dengan mata iman akan
keperluan-keperluan umat Allah di mana sahaja mereka berada sama ada yang susah
atau senang. Ini kerana, saya merasakan Tuhan mahu saya membantu umat-umatnya
yang masih berkekurangan dari segi pembangunan rohani terutamanya mereka yang
tinggal di kawasan pedalaman yang sukar dijangkau oleh para paderi mahupun pihak
gereja.”
No comments:
Post a Comment