Wednesday, May 21, 2014

KEEP IN TOUCH ALWAYS (K.I.T.A)


Paroki KSFX Keningau: Usaha Gereja dalam membantu dan membentuk para belia secara teratur bermula sejak tahun 1974 oleh Suruhanjaya Belia PAX semasa hanya satu diosis saja di Sabah. Apabila sudah terdapat 3 diosis di Sabah, maka usaha itu dikendalikan oleh Komisi Belia dan Pejabat Pelayanan Kampus masing-masing. Banyak program dan aktiviti pastoral telah dijalankan kerana Gereja mengambil berat terhadap perjalanan hidup belia. Usaha-usaha itu bertambah apabila cabaran dan kekeliruan yang mengancam mereka semakin bertambah. Antara usaha yang utama adalah agar belia mengenal dan mengimani Tuhan Yesus Kristus dan seterusnya menjadi murid-muridNya yang setia. Apabila peluang melanjutkan pelajaran di tahap IPTA/IPTS mula meningkat, ramai belia Katolik juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan peluang itu sama ada di dalam atau di luar negeri. Didapati pada masa inilah ada di antara mereka terpesong bukan saja dari segi hidup sosial mereka tetapi terutama sekali dalam hidup iman sehingga ada yang menukar agama.

Sesi Bergambar bersama Peserta Program KITA, Para Penceramah, CSG dan Komisi Belia Keuskupan Keningau
Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau telah mengadakan program KITA ini pada 17 Mei 2014 bertempat di dewan Paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) Keningau, Sabah. Seramai 20 orang belia telah mengikuti program tersebut. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dikalangan para pelajar tentang kehidupan dikampus serta bagaimana menghadapi cabaran-cabaran yang ada, menyediakan forum untuk mendalami iman Katolik, dan mengongsikan kemahiran dan pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab mereka.


Antara sesi-sesi yang telah disampaikan adalah;
1. Pengenalan – oleh Amodd Deal Tingadon
2. Kehidupan di Universiti – oleh Elfred
3. Hak dan Tanggungjawab – oleh Sem. Harry Dorisoh
4.  Mendalami iman Katolik – oleh Sem. Wilfred James

Melalui sesi-sesi yang telah disampaikan sepanjang program KITA, para peserta didedahkan tentang pentingnya kesedaran iman serta serta ajaran agama Kristian Katolik. Selain itu pengetahuan dan pemahaman tentang hak asasi manusia terutamanya dalam undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan beragama di Malaysia juga didedahkan kepada para peserta. 
Oleh: Amodd Deal Tingadon

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...