Wednesday, May 21, 2014

CSG GATHERING 2014

Sesi bergambar para rakan CSG Keningau dengan Kategis Donald
Oleh: Amodd Deal Tingadon

KENINGAU, 15 Mei 2014: Kumpulan pelajar Katolik Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau (CSG IPG Kampus Keningau) telah mengadakan gathering yang pertama bagi semester pertama tahun 2014. Program ini telah diadakan di gereja St Mary Bingkor pada 15 Mei 2014 sempena menyambut perayaan Paska dan persiapan menduduki peperiksaan akhir semester satu. Program ini telah disertai oleh rakan CSG Keningau yang terdiri daripada guru-guru pelatih Katolik PPISMP semester satu hingga PISMP semester tujuh. Program ini diadakan bagi pengisian iman para guru pelatih Katolik. Antara program yang dijalankan adalah pujian dan penyembahan, Bible Sharing, Sesi Pengisian daripada Kategis Donald, Sesi Doa bagi menduduki peperiksaan akhir semester dan akhir sekali adalah jamuan (Fellowship) sempena menyambut perayaan Paska.
            Tema pada program tersebut adalah Perintah mengasihi yang diambil daripada pembacaan Injil Yohanes 15:9-17 iaitu bacaan harian pada hari tersebut. Semasa sesi Bible Sharing kami telah menjawab soalan renungan iaitu 1) siapakah sahabat kamu? Pernahkah anda mendoakan bagi mereka yang bukan sahabat kamu? 2) Adakah anda telah mengongsikan kasih Yesus dengan sesame supaya mereka juga mengenal Yesus? 3) Sejak dibaptis, apakah “buah” yang telah anda hasilkan?
            Sambutan program ini sangat mengalakkan kerana ramai ahli yang mempunyai kerinduan akan Yesus Kristus untuk memuji dan memuliakan-Nya dalam pujian dan program-program seperti ini. Para rakan CSG berharap agar program-program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membentuk peribadi bukan sahaja sebagai bakal guru bahkan sebagai seorang guru yang mempunyai iman seperti Yesus Kristus.

            Pihak penganjur berterima kasih kepada pihak gereja St Mary Bingkor kerana telah membenarkan kami menggunakan tempat, peralatan muzik dan LCD. Tidak lupa juga kepada pihak Kerasulan Wanita Katolik(KWK) yang sudi memberikan bantuan menyediakan jamuan fellowship tersebut. Jasa dan sokongan daripada semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung sangat kami hargai, semoga Tuhan Yesus Kristus terus memberkati kita semua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...