Friday, March 22, 2013

Mesej Hari Belia Sedunia ke-28



PESAN BAPA SUCI BENEDICT XVI
SEMPENA HARI BELIA SEDUNIA YANG KEDUA PULUH LAPAN 2013

“Pergilah,  jadikanlah semua bangsa-bangsa murid-Ku!” (Mt 28:19)

Kepada rakan-rakan muda,
Saya menyambut anda semua dengan kegembiraan dan kasih sayang. Saya pasti bahawa ramai daripada anda pulang dari Hari Belia Sedunia di Madrid semua dengan lebih "Berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus, teguh dalam iman" (cf. Kol  2:7). Tahun ini dalam keuskupan kita, kita menyambut kegembiraan menjadi Kristian, dan mengambil tema: “Bersukacitalah senantiasa dalam Tuhan!” (Filipi 4:4). Dan sekarang kita sedang bersedia untuk Hari Belia Sedunia akan datang, yang akan mengambil tempat di Rio de Janeiro, Brazil, pada bulan Julai 2013.
Sebelum itu, saya menjemput anda sekali lagi untuk mengambil bahagian dalam acara penting ini. Patung Yesus Kristus penebus yang diraikan memperlihatkan bahawa bandar Brazil yang indah akan menjadi simbol fasih untuk kita. Tangan terbuka Kristus tanda kesediaan untuk memeluk semua orang-orang yang datang kepadanya, dan hatinya mewakili cinta yang besar untuk semua orang dan setiap kamu. Biarkan dirimu ditarik kepada Kristus! Alamilah pertemuan ini bersama-sama dengan semua orang muda yang akan berkumpul di Rio untuk Hari Belia Sedunia yang akan datang! Terimalah cinta kasih Kristus dan anda akan menjadi saksi yang diperlukan oleh dunia kita.
Saya menjemput anda agar bersedia untuk Hari Belia Sedunia di Rio de Janeiro dengan merenungkan tema pertemuan itu: “Pergilah,  jadikanlah semua bangsa-bangsa murid-Ku!” (Rujuk Mt 28:19). Ini merupakan mandat misionaris yang telah diberikan Kristus kepada seluruh Gereja, dan hari ini, dua ribu tahun kemudian, masih tetap mendesak. Mandat ini harus bergema kuat di dalam hati anda. Tahun persediaan untuk perhimpunan di Rio bertepatan dengan Tahun Iman, yang bermula dengan Synod Bishop dikhaskan untuk "Penginjilan Baru untuk Penghantaran Iman Kristian. Saya gembira bahawa anda juga, wahai orang muda,  terlibat dalam misi penginjilan sebagai sebahagian daripada seluruh Gereja. Menjadikan Kristus dikenali adalah hadiah yang sangat berharga yang dapat anda berikan kepada orang lain. 

1. Panggilan yang mendesak
Sejarah menunjukkan bahawa ramai orang muda, dengan anugerah murah hati mereka, memberikan sumbangan besar kepada Kerajaan Tuhan dan pembangunan dunia ini dengan menyebarkan Injil. Dengan dipenuhi semangat, mereka membawa Khabar Baik Cinta kasih Allah yang dibuat nyata dalam Kristus, menggunakan cara dan kemungkinan yang ada, yang jauh lebih rendah dengan apa yang kita ada hari ini. Satu contoh ialah José de Anchieta. Dia adalah seorang pemuda Jesuit Sepanyol abad keenam belas yang pergi sebagai missionari ke Brazil sebelum berusia dua puluh tahun dan menjadi rasul besar Dunia Baru. Tetapi saya juga berfikir orang-orang di antara kamu yang bermurah hati memberikan tumpuan kepada misi Gereja. Saya melihat bukti yang indah ini pada Hari Belia Sedunia di Madrid, terutamanya pada perjumpaan dengan sukarelawan.
Ramai anak muda hari ini mempersoalkan secara serius apakah  kehidupan itu adalah sesuatu yang baik dan mempunyai waktu yang sukar mencari jalan mereka. Namun begitu, secara umumnya, para belia melihat kesukaran dunia hari ini dan bertanya kepada diri sendiri: apakah yang boleh saya lakukan? Cahaya iman menerangi kegelapan ini. Ia membantu kita memahami bahawa setiap kehidupan manusia tidak ternilai harganya kerana setiap kita adalah buah dari kasih Allah. Allah mengasihi semua orang, bahkan kepada mereka yang telah jatuh dan menjauhkan diri dariNya. Allah menunggu dengan sabar. Sesungguhnya, Allah memberikan Anak-Nya untuk mati dan bangkit kembali untuk membebaskan kita dari kejahatan. Kristus mengutus murid-muridNya membawa pesan sukacita keselamatan dan kehidupan baru kepada semua orang di mana-mana.
Gereja, dalam meneruskan misi evangelisasi ini, juga memerlukan anda. Kepada anak-anak muda, kamulah misionari yang pertama dikalangan rakan-rakan sezaman anda! Di akhir Konsili Vatikan II – yang kita rayakan ulang tahunnya ke-50 pada tahun ini – Hamba Allah Paul VI memberikan mesej kepada belia diseluruh dunia. Ia dimulai: “kepada andalah, anak-anak muda lelaki dan wanita di seluruh dunia, bahawa Majlis memberikan mesej yang terakhir. Kerana kamulah menerima obor dari tangan orang yang lebih tua dan untuk hidup di dunia pada masa transformasi paling besar yang pernah wujud dalam sejarah. Kerana andalah yang mengambil contoh dan pengajaran yang terbaik daripada ibu bapa dan guru anda, akan membentuk masyarakat hari esok. Anda,  samada diselamatkan atau binasa dengannya ". Ini disimpulkan dengan kata-kata: "Binalah dengan semangat sebuah dunia yang lebih baik daripada apa yang kita ada hari ini!" (Pesan untuk Orang Muda, 8 Desember 1965).
Kepada para sahabat, jemputan ini masih tepat pada masanya. Kita sedang melalui tempoh sejarah yang sangat khusus. Kemajuan teknikal telah memberikan kita kemungkinan yang belum pernah terjadi sebelumnya bagi interaksi antara rakyat dan Negara. Namun hubungan globalisasi ini akan menjadi positif dan membantu dunia berkembang secara kemanusiaan hanya sekiranya berasaskan kepada Kasih dan bukannya dalam bentuk material. Kasih adalah satu-satunya perkara yang boleh memenuhi hati dan membawa orang bersama-sama. Allah adalah kasih. Apabila kita melupakan Allah, kita kehilangan harapan dan tidak mampu mengasihi orang lain. Kerana itu, sangat penting untuk bersaksi tentang kehadiran Allah supaya orang lain dapat mengalaminya. Penyelamatan manusia bergantung kepada ini, begitulah juga penyelamatan setiap kita. Siapapun yang memahami hal ini hanya mampu berseru bersama-sama dengan St. Paulus; "Celakalah aku jika aku tidak memberitakan Injil!" (1 Korintus 9:16).

2. Menjadi Pengikut Kristus
Panggilan missionari ini datang kepada kamu atas  sebab-sebab lain juga, dan ini kerana ia adalah perlu bagi perjalanan peribadi kita dalam iman. Blessed John Paul II telah menulis bahawa "Iman diperkukuhkan apabila ia diberikan kepada orang lain!" (Redemptoris Missio, 2).  Apabila kamu mewartakan Injil, kamu sendiri berkembang kerana kamu menjadi lebih berakar dalam Kristus dan matang sebagai orang Kristian. Komitmen missionari adalah satu dimensi iman yang penting. Kita tidak boleh menjadi orang beriman yang sebenar jika kita tidak menginjil. Pewartaan Injil hanya boleh menjadi hasil daripada sukacita yang datang dari pertemuan dengan Kristus dan menemukan dalam diriNya batu di mana hidup kita dapat dibangun. Apabila kamu bekerja untuk menolong orang lain dan mewartakan Injil kepada mereka, maka kehidupan anda sendiri yang sering berpecah-belah kerana banyak aktiviti, akan menemui kesatuan mereka dalam Allah. Kamu juga akan membina diri kamu sendiri dan kamu akan bertumbuh dan matang dalam kemanusiaan.
Apakah maksudnya untuk menjadi seorang missionari? Di atas semua, ia bererti menjadi murid Kristus. Ia bererti mendengar semula kepada jemputan untuk mengikuti Dia dan melihat Dia: "Belajarlah padaKu kerana Aku lemah lembut dan rendah hati" (Mat 11:29).  Seorang murid ialah seseorang yang memberikan perhatian kepada Sabda Yesus (cf. Lk 10:39), seseorang yang mengakui bahawa Yesus adalah Guru yang sangat mengasihi kita sehingga Dia memberikan nyawaNya untuk kita. Oleh itu, setiap daripada kamu harus membiarkan diri dibentuk oleh Sabda Allah setiap hari. Ini akan menjadikan kamu sahabat Tuhan Yesus dan membolehkan kamu untuk memimpin golongan muda yang lain untuk menjalinkan persahabatan dengan Dia.
Saya menggalakkan kamu untuk memikirkan anugerah yang telah kamu terima daripada Allah supaya kamu boleh menyebarkannya juga kepada orang lain. Belajarlah untuk membaca kembali sejarah peribadi kamu. Sedarlah akan legasi indah yang diturunkan kepada kamu dari generasi terdahulu. Begitu ramai orang yang dipenuhi iman telah berani menyerahkan iman dalam menghadapi percubaan dan hal-hal yang tidak dimengerti. Janganlah sesekali kita lupa bahawa kita adalah cantuman didalam rantai besar lelaki dan wanita yang telah menghantar kebenaran iman dan bergantung kepada kita untuk menyebarkannya kepada orang lain. Menjadi seorang missionary bererti pengetahuan kepada legasi ini, iaitu iman Gereja.  Ia adalah satu keperluan untuk kamu mengetahui kepercayaan iman kamu supaya boleh mewartakan iman itu. Seperti yang telah saya tulis dalam pengenalan kepada YouCat, Katekismus kepada orang muda yang telah saya berikan semasa Hari Belia Sedunia di Madrid, "kamu perlu mengenal imanmu sama seperti seorang pakar IT mengenal cara kerja dalaman sesebuah komputer. Kamu perlu memahaminya seperti pemuzik yang baik memahami sebuah gubahan lagu yang ia mainkan. Ya, kamu perlu lebih berakar dalam iman berbanding generasi ibubapamu sehingga kamu dapat menanggung segala cabaran dan godaan zaman ini dengan kekuatan dan kepastian" (Kata Pengantar).

3. Pergilah!
Kristus mengutus murid-murid-Nya keluar melakukan misi dengan arahan ini: "Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan"(Mk 16:15-16). Menginjil bermaksud membawa Khabar Baik tentang keselamatan kepada orang lain dan membenarkan mereka mengetahui bahawa Khabar Baik ini adalah seorang peribadi: Yesus Kristus. Apabila saya bertemu denganNya, apabila saya mengetahui betapa saya sangat dicintai Allah dan diselamatkan Allah, saya mula merasakan bukan sahaja keinginan, tetapi juga keperluan untuk membuat Allah dikenali oleh orang lain. Pada awal Injil Yohanes, kita melihat bagaimana Andrew, selepas bertemu Yesus dengan serta merta telah berlari mendapatkan serta membawa saudaranya Simon (Yoh 1:40-42). Penginjilan sentiasa bermula dengan pertemuan dengan Tuhan Yesus Kristus. Mereka yang datang kepada Yesus dan telah mengalami cintanya, dengan serta merta mahu berkongsi keindahan pertemuan itu dan sukacita yang lahir dari persahabatan. Semakin kita mengetahui tentang Kristus, semakin kita mahu bercakap tentang Dia. Semakin kita berbicara dengan Kristus, semakin kita mahu berbicara tentang Dia. Semakin kita dimenangkan oleh Kristus, semakin kita mahu menarik orang lain untuk datang kepadaNya.
Melalui Pembaptisan, yang membawa kehidupan baru kepada kita, Roh Kudus tinggal dalam diri kita dan mengobarkan minda dan hati kita. Roh Kudus menunjukkan kepada kita bagaimana mengenal Allah dan masuk kepada persahabatan yang mendalam dengan Kristus. Melalui Rohlah yang menggalakkan kita melakukan kebaikan, melayani sesama dan memberikan diri kita. Melalui sakramen Penguatan, kita dikuatkan oleh karunia Roh supaya kita menjadi saki kepada Injil dalam cara yang semakin matang. Melalui Roh cintakasihlah, yang merupakan penggerak misi kita. Roh mendorong kita untuk keluar dari diri kita dan “keluar” untuk menginjil. Kepada golongan muda, benarkan diri kamu dipimpin oleh kuasa cintakasih Allah. Biarkanlah cintakasih itu mengatasi kecenderungan untuk tetap tertutup dalam dunia anda sendiri dengan masalah dan tabiat anda sendiri. Milikilah keberanian untuk “keluar” dari diri anda sendiri untuk “pergi” kepada orang lain dan menunjukkan kepada mereka jalan kepada pertemuan dengan Allah.

4. Kumpulkanlah semua bangsa
Kristus yang bangkit telah mengutus murid-muridNya keluar untuk menjadi saksi  kehadiran penyelamatanNya kepada semua bangsa, sebab Allah dalam kepenuhan cintakasihNya menghendaki semua orang diselamatkan dan tidak ada seorang pun yang sesat. Dengan korban kasihNya di atas salib, Jesus membuka jalan untuk semua lelaki dan perempuan datang mengenali Allah dan masuk dalam persekutuan kasih dengan Dia. Dia membentuk komuniti murid untuk membawa mesej penyelamatan melalui Injil ke hujung bumi dan sampai kepada semua lelaki dan perempuan dalam setiap masa dan tempat. Marilah kita menjadikan kehendak Allah kepunyaan kita!
Wahai sahabat-sahabat, bukalah matamu dan lihat sekelilingmu. Begitu ramai golongan muda tidak lagi melihat erti dalam kehidupan mereka. Pergilah Keluar! Kristus memerlukan engkau juga. Biarkan dirimu diangkat dan ditarik bersama oleh cintaNya. Melayanilah didalam Cinta yang besar ini, supaya dapat menjangkau semua orang, terutamanya mereka yang “jauh”. Segelintir orang jauh secara geografik, tetapi yang lain jauh kerana tiada tempat untuk Allah dalam cara kehidupan mereka. Segelintir pula masih lagi belum menerima Injil secara peribadi, sementara orang lain telah diberikannya, tetapi hidup seperti Allah tidak wujud. Marilah kita membuka hati kita kepada semua. Marilah kita masuk ke dalam perbualan dengan kesederhanaan dan hormat. Jikalau perbualan ini dilakukan dengan persahabatan sebenar, ia akan menghasilkan buah. "Bangsa" yang kita jemput untuk menjangkau bukan sahaja negara lain di dalam dunia ini. Terdapat juga bidang yang berbeza dalam kehidupan kita seperti keluarga kita, komuniti, tempat belajar dan kerja, kumpulan-kumplan rakan dan tempat di mana kita menghabiskan masa lapang. Pewartaan gembira Injil adalah untuk semua bidang dalam kehidupan kita, tanpa pengecualian.
Saya ingin menekan dua bidang dimana komitmen missionary anda diperlukan. Kepada orang muda, yang pertama adalah bidang komunikasi sosial, khususnya dunia internet. Seperti yang saya sebutkan kepada Anda dalam kesempatan lain: "Saya meminta Anda untuk memperkenalkan ke dalam budaya tentang persekitaran baru komunikasi dan teknologi maklumat, nilai-nilai yang telah membina kehidupan kamu [..] Ini jatuh, khususnya, kepada orang-orang muda, yang memiliki pertalian hampir spontan untuk cara baru dalam komunikasi, untuk mengambil tanggung jawab bagi evangelisasi di dalam 'benua digital' "(Pesan untuk Hari Komunikasi Sedunia ke-43 Hari, 24 Mei 2009). Pelajari cara menggunakan media ini dengan bijaksana. Sadar akan bahaya yang tersembunyi, terutama risiko ketagihan, mengelirukan dunia nyata dengan maya, dan menggantikan pertemuan langsung dan peribadi dan dialog dengan perhubungan internet.
Area yang kedua ialah hijrah dan migrasi. Pada masa kini, ramai orang muda berhijrah, kadang-kadang untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja, dan pada masa yang lain untuk melancong. Saya juga berfikir akan pergerakan migrasi yang melibatkan jutaan penduduk, dan selalunya golongan muda, yang pergi ke kawasan atau negara lain atas sebab kewangan atau sosial. Di sini juga kita dapat mencari peluang untuk mengongsikan Injil. Wahai orang muda, jangan takut untuk bersaksi tentang iman kamu dalam persekitaran ini. Ia adalah anugerah berharga untuk mereka yang akan kamu temui apabila kamu berkomunikasi tentang kegembiraan bertemu dengan Kristus.

5. Jadikanlah murid-murid!
Saya membayangkan bahawa kadang-kadang kamu mendapati bahawa sukar untuk menjemput orang-orang sezaman kamu untuk mengalami iman. Kamu telah melihat berapa banyak golongan muda, terutama sekali pada suatu ketika dalam kehidupan mereka, keinginan untuk mengenali Kristus dan menghidupi nilai-nilai Injil, tetapi juga merasa kekurangan dan tidak mampu. Apakah yang boleh kita lakukan? Pertama, keakraban dan kesaksian kamu sendiri akan menjadi satu cara di mana Tuhan boleh menyentuh hati mereka. Mewartakan Kristus bukan hanya soal kata-kata, tetapi sesuatu yang melibatkan seluruh hidup seseorang dan diterjemahkan ke dalam tanda-tanda kasih. Kasih inilah yang Kristus telah curahkan ke dalam hati kita yang menjadikan kita penginjil. Oleh itu, kasih kita harus menjadi lebih seperti kasih Kristus. Kita harus senantiasa bersedia seperti orang Samaritan yang baik, memberikan perhatian kepada sesiapa yang kita temui, mendengar, memahami dan menghulurkan bantuan. Dengan cara ini, kita boleh memimpin mereka yang mencari kebenaran dan erti kehidupan ke rumah Allah, iaitu Gereja, di mana harapan dan penyelamatan tinggal (cf. Lk 10:29-37). Sahabat-sahabat yang dikasihi, jangan sesekali lupa bahawa perbuatan kasih pertama yang kamu boleh lakukan ialah mengongsikan sumber pengharapan. Jika kita tidak memberikan mereka Allah, kita memberikan mereka terlalu sedikit! Yesus memerintahkan rasul-rasulNya: "Pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu." (Mat 28:19-20). Cara utama untuk kita "menjadikan murid" ialah melalui pembaptisan dan katekesis. Ini bermaksud memimpin orang yang diinjil untuk menemui Kristus yang hidup dalam perkataanNya dan sakramen-sakramen. Dengan cara ini, mereka boleh mempercayai Dia, mengenali Allah dan hidup dalam rahmatNya. Saya ingin setiap kamu untuk menanyakan diri kamu sendiri: Pernahkah saya berani untuk menyarankan Pembaptisan kepada golongan muda yang belum menerimanya? Pernahkah saya menjemput sesiapa untuk menyertai perjalanan mencari iman Kristiani? Sahabat-sahabatku yang terkasih, jangan takut untuk mencadangkan pertemuan dengan Kristus kepada orang seumur dengan kamu. Mintalah bimbingan daripada Roh Kudus. Roh Kudus akan mengajarkan kepadamu untuk mengenali dan mengasihi Kristus sepenuhnya, dan menjadi kreatif dalam menyebarkan Injil.

6. Teguh dalam iman
Apabila berhadapan dengan kesukaran dalam misi penginjilan, mungkin anda akan terdorong untuk mengatakan, seperti nabi Yeremia: "Ah, Tuhan Allah! Sesungguhnya, saya tidak tahu bagaimana untuk bercakap, kerana aku hanya belia ". Tetapi Allah akan mengatakan kepada anda: "Jangan katakan, 'Saya hanya belia' ; tetapi kepada siapapun engkau Kuutus, haruslah engkau pergi" (Yer 1:6-7). Apabila anda berasa tidak mencukupi, tidak berupaya dan lemah dalam mengisytiharkan dan menyaksikan kepada iman, jangan takut. Penginjilannya bukan merupakan inisiatif kami, dan ia tidak bergantung kepada bakat kami. Ia adalah tindak balas yang setia dan taat kepada seruan Allah dan jadi ia tidak berdasarkan kuasa kita tetapi Tuhan. Saint Paul tahu ini dari pengalaman: "Tetapi harta ini kami punyai dalam bejana tanah liat, supaya nyata bahawa kekuatan yang melimpah-limpah itu berasal dari Allah, bukan dari diri kami" (2 Kor 4:7).

Untuk alasan ini, saya mendorong Anda untuk membuat doa dan Sakramen sebagai asas anda. Evangelisasi tulen lahir dari doa dan dikuatkan oleh doa. Pertama-tama kita harus berbicara dengan Allah agar kita dapat berbicara tentang Allah. Dalam doa, kita mempercayakan kepada Tuhan mereka yang dihantar kepada kita, meminta kepadaNya untuk menyentuh hati mereka. Kita meminta Roh Kudus untuk menjadikan kita alat Nya untuk penyelamatan mereka. Kita meminta Kristus  untuk menempatkan kata-katanya di bibir kita dan menjadikan kita tanda-tanda cintanya. Dalam cara yang lebih umum, kita berdoa untuk misi seluruh Gereja, karena Yesus secara nyata meminta kita: "Berdoalah karena Tuhan yang empunya tuaian, untuk mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu" (Mat 9:38). Carilah di dalam Ekaristi pancaran kehidupan anda akan iman dan kesaksian Kristian, dengan menghadiri secara teratur Misa setiap hari Minggu dan bila-bila masa yang boleh anda hadiri sepanjang minggu. Hadirilah sakramen pertobatan selalu. Ini adalah pertemuan istimewa dengan rahmat Allah di mana Ia menyambut kita, mengampuni kita dan memperbaharui hati kita dalam amal. Berusahalah untuk menerima Sakramen Krisma jika Anda belum melakukannya, dan mempersiapkan diri untuk itu dengan cermat dan penuh komitmen. Sakramen Krisma, seperti Ekaristi, adalah sakramen misi, kerana ia memberikan kita kekuatan dan cinta dari Roh Kudus tanpa rasa takut untuk mengakui iman kita. Saya juga mendorong Anda untuk mempraktikkan adorasi Ekaristi. Waktu yang dihabiskan dalam mendengarkan dan berbicara dengan Yesus hadir dalam Sakramen Mahakudus menjadi sumber semangat misionaris baru.

Jika anda mengikuti jalan ini, Kristus sendiri akan memberikan anda keupayaan untuk menjadi benar-benar setia kepada firman-Nya dan untuk menjadi saksi yang setia dan berani kepadanya. Ada kalanya anda akan dipanggil untuk memberikan bukti ketabahan anda, terutamanya apabila perkataan Allah bertemu dengan penolakan atau pembangkang. Di kawasan-kawasan tertentu di dunia, sebahagian daripada anda menderita daripada fakta bahawa anda tidak boleh menanggung saksi awam untuk iman anda di dalam Kristus kerana kekurangan kebebasan beragama. Sesetengah telah dibayar dengan kehidupan mereka harga kepunyaan Gereja. Saya meminta anda untuk kekal teguh dalam iman, yakin bahawa Kristus adalah di sebelah anda dalam perbicaraan setiap. Kepada anda juga dia berkata: "Berbahagialah anda apabila orang mencaci anda dan menganiaya kamu dan mengucapkan semua jenis jahat kerana Aku. Bergembira dan bersukacita, kerana upahmu besar di syurga "(Mt 5:11-12).

7. Bersama Dengan Seluruh Gereja
Kepada golongan muda, jika anda tetap teguh dalam mengakui iman Katolik dimana saja anda dihantar, anda memerlukan Gereja. Tiada siapapun yang boleh menjadi saksi kepada Injil bersendirian.  Yesus mengutus para muridNya dalam misi bersama-sama. Dia berkata kepada mereka dalam bentuk plural: “jadikanlah murid-murid”. Kesaksian kita selalu diberikan sebagai anggota-anggota komuniti Kristian, dan misi kita dibuat berhasil oleh persekutuan yang hidup dalam Gereja.  Hanya dengan kesatuan dan kasih kita kepada satu sama lain yang akan membuatkan orang lain mengenali kita sebagai pengikut-pengikut Kristus (John 13:35).  Saya berterima kasih kepada Tuhan atas karya indah dari penginjilan yang dilakukan oleh komuniti Kristian kita, Paroki dan gerakan gerejani kita.  Hasil penginjilan ini milik seluruh Gereja. Sepertimana Yesus mengatakan: ”Seorang menabur dan yang lain menuai”.
Di sini saya tidak boleh gagal untuk mengucapkan rasa terimakasih atas karunia besar misionaris, yang mengabdikan diri sepenuhnya untuk memberitakan Injil sampai ke hujung bumi.  Saya juga bersyukur kepada Tuhan bagi para paderi dan orang-orang suci, yang menyerahkan diri secara total supaya Yesus Kristus diwartakan dan dikasihi.  Di sini saya ingin mendorong golongan muda yang dipanggil oleh Tuhan untuk berkomitmen pada diri mereka dengan penuh semangat untuk panggilan ini. ”Adalah lebih berbahagia yang memberi daripada menerima” (Kis. Para Rasul 20:35).  Bagi mereka yang meninggalkan segala sesuatu untuk mengikuti Dia, Yesus berjanji seratus kali lipat dan akan memperoleh kehidupan yang kekal (Mat 19: 29).
Saya juga bersyukur bagi semua orang awam lelaki dan wanita yang melakukan yang terbaik untuk menjalani kehidupan seharian mereka sebagai misi dimanapun mereka menemukan diri mereka, di rumah atau di tempat kerja, agar Kristus akan dicintai dan dilayani dan supaya Kerajaan Allah akan bertumbuh.  Saya berfikir terutama semua orang yang bekerja di bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, perniagaan, politik dan kewangan, dan dalam banyak bidang lain kerasulan awam.  Kristus memerlukan komitmen dan saksi anda.  Jangan biarkan apapun -  samaada kesulitan atau kekurangan pemahaman – melemahkan anda daripada membawa Injil Kristus di manapun anda menemukan diri anda.  Setiap kamu adalah bagian yang berharga dalam mozek besar penginjilan!

8. "Inilah aku, Tuhan!
Akhirnya, wahai orang muda, saya akan meminta anda semua untuk mendengar, di kedalaman hati anda, panggilan Yesus untuk mengisytiharkan Injilnya. Seperti Patung besar Yesus Penebus di Rio de Janeiro menunjukkan, hatinya terbuka dengan kasih sayang bagi setiap orang dan, dan tangannya terbuka luas untuk mendekati semua orang. Jadikanlah dirimu jantung dan lengan Kristus! Keluarlah dan menjadi saksi kepada cintanya! Jadilah generasi baru penginjil, didorong oleh cinta dan keterbukaan kepada semua! Ikut contoh penginjil besar Gereja seperti Saint Francis Xavier dan banyak lagi.

Pada penutupan Hari Belia Sedunia di Madrid, saya memberkati sejumlah orang muda dari benua yang berbeza yang akan keluar melakukan misi. Mereka mewakili semua orang-orang muda yang, mengulangi kata-kata nabi Yesaya, telah berkata kepada Tuhan: "Aku di sini. Utuslah Aku! "(6:8). Gereja mempunyai keyakinan dalam diri anda dan berterima kasih atas kegembiraan dan tenaga yang anda sumbangkan. Bermurah hatilah meletakkan bakat anda untuk digunakan dalam pelayanan pewartaan Injil! Kita tahu bahawa Roh Kudus diberikan kepada mereka yang membuka hati mereka untuk pewartaan ini. Dan jangan takut: Yesus, Juruselamat dunia, bersama dengan kita setiap hari sehingga akhir masa (Mt 28:20).

Panggilan ini, yang saya lakukan untuk belia di seluruh dunia, mempunyai sebab tertentu untuk anda, wahai orang muda Amerika Latin! Semasa Persidangan Kelima Ketua Bishops Amerika Latin, di Aparecida 2007, Semua Bishop telah  melancarkan "misi benua". Orang muda membentuk majoriti penduduk di Amerika Selatan dan mereka adalah sumber yang penting dan berharga bagi Gereja dan masyarakat. Jadilah penginjil dalam baris pertama! Sekarang Hari Belia Sedunia akan datang kembali ke Amerika Latin, saya meminta anda, orang-orang muda di benua, untuk menghantar semangat iman anda kepada rakan-rakan sezaman anda daripada seluruh dunia!

Semoga Bunda kita, Bintang kepada penginjilan Baru, yang juga kita panggil dengan nama Lady of Aparecida dan Our Lady of Guadalupe, boleh menemani setiap kamu dalam misi kamu sebagai seorang saksi kepada cinta Allah. Dengan penuh kasih sayang, saya memberikan Rahmat Kerasulan saya kepada anda semua.

Dari Vatikan,
18Oktober2012

BENEDICTUS PP XVI

Wednesday, February 27, 2013

TERKINI


Shalom. Salam Prapaska!
Salam damai semua. Apa khabar? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.
Sedar tidak sedar kita sudahpun masuk dalam minggu ke-2 masa prapaska. Masa berlalu begitu cepat. Bagaimana masa prapaska ini? Adakah anda semua sudah mempraktikkan doa, puasa dan amal? Semoga masa “Lent” ini anda akan lebih ceria ya!
Untuk pengetahuan kita bersama, terdapat dua perkara penting yang telah berlaku pada bulan ini. Pertama, mesyuarat Tim Komisi Belia Katolik yang pertama bagi sesi 2013 telah diadakan pada 20 feb yang lalu. Berikut adalah ahli-ahli Komisi bagi sesi 2013-2015. Rev. Fr. Ronnie Luni (Pembimbing Rohani), Roselinah Francis (Pengerusi), Rev. Roney Mailap, Sr. Julita Joseph, Christine Kinsik, Shane Alex Lumau, Roney Eming, Baxter Henry dan Amodd Deal Tingadon.
Kedua, Rekoleksi dan Mesyuarat TPBK telah diadakan di Gereja St. Peter Kuala Penyu pada 22-23 Feb. Terima kasih kepada semua pemimpin belia yang hadir. Komitmen anda amatlah kami hargai. Semoga kasih Tuhan yang tidak pernah putus akan terus memberi kita kekuatan dalam meneruskan Misi Yesus Kristus. Kita ucapkan terima kasih juga kepada para belia di St. Peter yang datang membantu. Tuhan memberkati anda!
Oklah..beberapa info aktiviti Komisi Belia bagi tahun ini…
1.     Retret Pelayan TPBK
Akan diadakan pada 8-10 Mac 2013 bertempat di RRKT. Retret ini dikhususkan kepada pengerusi belia disetiap paroki dan mission.

2.  Program Pertemuan Belia 1 dan 2.
Program ini adalah program yang berbentuk ‘club’yang mengandungi 4 elemen “Fun, Food, Input and Spiritual Time”. Pertemuan Belia akan diadakan secara berperingkat iaitu Pertemuan 1 dan Pertemuan 2 yang akan diadakan secara berasingan. Setiap pertemuan mempunyai tema yang berbeza. Aktiviti selama 4 jam ini dikhususkan kepada pemimpin belia disetiap paroki(Pengerusi dan Setiausaha setiap Zon). Program ini bertujuan memanggil, mempersatukan dan membentuk belia yang seimbang dalam pelayanan. Kemuncak kepada pertemuan ini adalah Kem Kepimpinan dimana pada Kem ini akan mempersatukan semua pelayan belia diseluruh keuskupan keningau. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Komisi Belia.

      3. Kem Kepimpinan Belia 1 dan 2
Kem ini menghimpunkan pelayan belia yang telah menyertai Program Pertemuan sebelumnya. Program yang berbentuk “Study Day” mempunyai 4 elemen penting iaitu “Spiritual, Human, Pastoral dan Direction”. Elemen ini dilihat mampu membantu dan membentuk para pemimpin belia menjadi pelayan yang lebih komited dan efektif dalam pelayanan. Tumpuan utama pada Kem ini adalah Perancangan Pastoral setiap paroki dimana mereka akan melihat, membentuk dan membincangkan semula perancangan pastoral mereka. 


      4. Belia Masuk Kampung Ke-9
BMK9 dikhususkan kepada pelajar-pelajar IPTA/S diseluruh Keuskupan Keningau. Progam ini bertujuan membantu peserta agar lebih menghargai Iman Katolik, dapat melihat keperluan pemimpin awam Kristian dalam masyarakat dan menghidupi semangat berkomuniti. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kelak.
     
      5. Pesta Koir
Seperti yang telah diumumkan pada Pesta Koir tahun 2011, bertempat di Paroki St. Theresa Tambunan, Pesta Koir pada tahun ini akan diadakan di Paroki Sook pada 20-22 September 2013. Pemilihan lagu-lagu yang akan dipertandingkan adalah bertemakan “Iman” sesuai dengan Tahun Iman yang dirayakan pada tahun ini.

6. Rekoleksi Akhir Tahun 2013
Tarikh:  15-17 November 2013
Tempat: Paroki St. Valentine Beaufort
Sasaran: Pemimpin Belia Paroki Keuskupan Keningau.

Kepada semua, sama-samalah kita berdoa agar segala perancangan pada tahun 2013 akan berjalan dengan lancar menurut Kehendak Tuhan. Doakanlah kami selalu agar sentiasa menyedari pelayanan kami bukanlah menurut kekuatan kami sendiri tetapi kekuatan Tuhan.

Akhirnya, ambillah kesempatan rahmat Prapaska ini untuk terus mengenali Tuhan Yesus serta mengamalkan kasih kepada sesama. Dan semoga Bonda Maria menemani kita semua sepanjang masa Prapaska ini. Bonda Maria menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada kehendak Tuhan dengan kerendahan hati. Marilah masa prapaska ini, kitapun mau pasrahkan hidup kita kepada kehendak Tuhan. Tuhan Memberkati!

Yang Melayani,
Roselinah Francis,
Koordinator Komisi Belia Katolik
Keuskupan Keningau.    

Wednesday, February 20, 2013

Giving Up

Hello everyone! How's your day? Here i want to share to you simple things but will help us to live out our Lent Season more fruitful. 
Here is a list of 15 things, which, if you give up on them, will make your life a lot easier and you'll feel much, much happier.
We hold on to so many things that cause us a great deal of pain, stress and suffering and instead of letting them all go and allowing ourselves to be stress-free and happy, we cling on to them.
Well, not any more. Starting today, we will give up on all those things that no longer serve us, and we will embrace change. Ready?
Here we go!

1. Give up your need to always be right.
There are so many of us who can't stand the idea of being wrong wanting to always be right even at the risk of ending great relationships or causing a great deal of stress and pain for us and for others. It's just not worth it. Whenever you feel the 'urgent' need to jump into a fight over who is right and who is wrong, ask yourself this question from Dr. Wayne Dyer: 'Would I rather be right, or would I rather be kind?' What difference will that make? Is your ego really that big?

2. Give up your need for control.
Be willing to give up your need to always control everything that happens to you and around you situations, events, people, etc. Whether they are loved ones, co-workers, or just strangers you meet on the street just allow them to be. Allow everything and everyone to be just as they are and you will see how much better will that make you feel.
'By letting it go, it all gets done. The world is won by those who let it go. But when you try and try. The world is beyond winning.' Lao Tzu


3. Give up on blame.
Give up on your need to blame others for what you have or don't have, for what you feel or don't feel. Stop giving your powers away and start taking responsibility for your life.

4. Give up your self-defeating self-talk.
Oh my. How many people are hurting themselves because of their negative, polluted and repetitive self-defeating mindset? Don't believe everything that your mind is telling you especially if it's negative and self-defeating. You are better than that.
'The mind is a superb instrument if used rightly. Used wrongly, however, it becomes very destructive.' Eckhart Tolle


5. Give up your limiting beliefs about what you can or cannot do, about what is possible or impossible.

From now on, you are no longer going to allow your limiting beliefs to keep you stuck in the wrong place. Spread your wings and fly!
'A belief is not an idea held by the mind, it is an idea that holds the mind.' Elly Roselle


6. Give up complaining.

Give up your constant need to complain about those many, many, many things people, situations and events that make you unhappy, sad and depressed. Nobody can make you unhappy, no situation can make you sad or miserable unless you allow it to. It's not the situation that triggers those feelings in you, but how you choose to look at it. Never underestimate the power of positive thinking.

7. Give up the luxury of criticism.
Give up your need to criticize things, events or people that are different than you. We are all different, yet we are all the same. We all want to be happy, we all want to love and be loved and we all want to be understood. We all want something, and something is wished by us all.

8. Give up your need to impress others.
Stop trying so hard to be something that you're not just to make others like you. It doesn't work this way. The moment you stop trying so hard to be something that you're not, the moment you take of all your masks, the moment you accept and embrace the real you, you will find people will be drawn to you, effortlessly.

9. Give up your resistance to change.
Change is good. Change will help you move from A to B. Change will help you make improvements in your life and also the lives of those around you. Follow your bliss, embrace change don't resist it.
'Follow your bliss and the universe will open doors for you where there were only walls.' Joseph Campbell


10. Give up labels.
Stop labeling the things, people or events that you don't understand as being weird or different and try opening your mind, little by little. Minds only work when open.
'The highest form of ignorance is when you reject something you don't know anything about.' Dr. Wayne Dyer

11. Give up on your fears.
Fear is just an illusion, it doesn't exist you created it. It's all in your mind. Correct the inside and the outside will fall into place.
'The only thing we have to fear, is fear itself.' Franklin D. Roosevelt


12. Give up your excuses.
A lot of times we limit ourselves because of the many excuses we use. Instead of growing and working on improving ourselves and our lives, we get stuck and lie to ourselves, using all kind of excuses, excuses that 99.9% of the time, are not even real.

13. Give up the past.
I know, I know. This one's hard. Especially when the past looks so much better than the present and the future looks so frightening. But, you have to take into consideration the fact that the present moment is all you have and all you will ever have. The past you are now longing for the past that you are now dreaming about was ignored by you when it was present. Stop deluding yourself. Be present in everything you do and enjoy life. After all, life is a journey not a destination. Have a clear vision for the future, prepare yourself, but always be present in the now.

14. Give up attachment.
This is a concept that, for most of us, is so hard to grasp and I have to tell you that it was for me too (it still is), but it's not impossible. You get better and better at it with time and practice. The moment you detach yourself from all things (and that doesn't mean you give up your love for them because love and attachment have nothing to do with one another. Attachment comes from a place of fear, while love well, real love is pure, kind, and selfless; where there is love there can't be fear, and because of that, attachment and love cannot co-exist) you become so peaceful, so tolerant, so kind, and so serene. You will get to a place where you will be able to understand all things without even trying. A state beyond words.

15. Give up living your life to other people's expectations.
Way too many people are living a life that is not theirs to live. They live their lives according to what others think is best for them; they live their lives according to what their parents think is best for them; to what their friends, their enemies and their teachers, their government and the media think is best for them. They ignore their inner voice, that inner calling. They are so busy with pleasing everybody, with living up to other people's expectations, that they lose control over their lives. They forget what makes them happy, what they want, what they need and eventually, they forget about themselves. You have one life this one right now you must live it, own it, and especially don't let other people's opinions distract you from your path.

Tuesday, February 12, 2013

Tahun 2013

Shalom!
Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu ya..bagi yang tidak sihat tu, banyak-banyakkanlah rehat. Kalau perlu pergi klinik, pergilah! Jangan tunggu sampai teruk baru mau pigi!..pesanan untuk semua J Kepada yang merayakan Tahun Baru Cina, Selamat Tahun Baru Cina ya!

Siapa sangka kita sudah masuk dalam bulan Februari 2013. Wow! Masa begitu cepat berlalu. Nampaknya ini juga merupakan ‘writings’ yang pertama untuk tahun ini. Minta maaf banyak-banyak ya!...apapun, memasuki tahun yang baru ini pastinya kita semua mempunyai langkah baru terutama dalam penghayatan kita kepada Tahun Iman. Bah..jalani semua dengan penuh kesabaran ya..

To be honest…memasuki tahun 2013, saya mengalami banyak ketakutan. Knowing that I will be the next Youth Coordinator, fuh! Really mencabar. Never in my life to dream this position. Ternyata, kita benar-benar tidak tahu jalan Tuhan. Pernah satu masa saya terfikir macam ni “kalaulah saya boleh melarikan diri, saya mau lari di satu tempat yang tiada orang boleh cari saya, atau kenal saya”. That is my real feeling at that moment. Namun, bila saya melihat kedalaman lubuk hati saya, saya tidak nafikan satu suara yang sangat halus memanggil sehingga saya tidak mampu berbuat apa-apa tetapi pasrah. Saya teringat pula cerita Yunus dalam Perjanjian Lama. Cerita yang saya selalu suka baca. Tidak sangka pula saya sendiri mengalaminya J Apapun..saya bersyukur atas panggilan Tuhan ini dan saya percaya walau apapun yang bakal saya tempuhi, pasti Tuhan tidak berhenti membantu. Saya juga mau menjemput kawan-kawan semua untuk mendoakan saya ya agar saya sembuh dengan cepat dan dapat melayani dengan tubuh badan yang sihat :)....kita saling mendoakan, kerana dengan doalah kita semua dipersatukan.  

Seperti yang kawan-kawan semua tahu, pengerusi komisi yang lama, Sdr. Wilfred telah memasuki seminary. Kita pasti merasakan kehilangan seorang pemimpin belia yang begitu banyak membantu kita semua dalam pembentukan iman kita. Namun, jangan sedih-sedih. Kita bersyukur dan memuji Tuhan atas respon yang diberikan oleh Sdr. Wilfred terhadap panggilan Tuhan. Bersama-samalah kita terus memberi sokongan doa kepada beliau dan rakan-rakannya agar mereka sentiasa teguh dalam panggilan. Kita percaya langkah berani yang telah diambil olehnya memberi kesaksian kepada kita semua untuk berani menyahut panggilan Tuhan dalam setiap peribadi kita. Dan kita juga berdoa semoga lebih ramai lagi belia yang berani menyahut panggilan Tuhan kerana inilah reality di keuskupan kita… “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Kerana itu mintalah kepada Tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu.”

Dalam kesempatan ini saya ingin mengongsikan pesan Bapa Uskup melalui surat pastoral bertarikh 10 Februari 2013 yang sangat penting untuk kita semua renungkan.

“Kita sudah masuk dalam bulan Februari 2013. Kita semua tentu berasa begitu cepat masa berjalan. Sebab itulah kita memerlukan kebijaksanaan dalam merancang dan ‘mempriopitas’ perjalanan hidup dan iman kita. Tuhan yang “sentiasa menyertai kita sampai akhir zaman” (Mat 28:20) adalah sumber kebijaksanaan sejati. Kesatuan dan kesetiaan kita denganNya akan membantu dan mendorong kita mengenal dan memilih priority yang memihak kepada kehendakNya. Dalam Tahun Iman ini program yang penting yang perlu kita usahakan ialah secara peribadi dan bersama keluarga/komuniti mahu membangun kesatuan kita dengan peribadi Yesus.
Pada 13 Februari 2013 ini, kita akan masuk dalam masa Prapaska, masa Puasa dan Pantang. Sama-samalah kita memasuki dan menghayati masa rahmat ini agar usaha kita memantapkan Iman dapat kita usahakan melalui mengenal, mengasihi dan melayani peribadi Yesus. Amalan Doa, Puasa dan Sedekah sepanjang masa Prapaska adalah sangat membantu kearah pemantapan iman. Janganlah kita sia-siakan masa rahmat ini.” 

Oleh itu, marilah kita memasuki masa Prapaska ini dengan hati yang terbuka pada rahmat Tuhan. 
Tuhan memberkati kita semua!

Love and Prayer,
Roselinah bt Francis
Koordinator Komisi Belia Katolik
Keuskupan Keningau.

Monday, November 26, 2012

Sudah terlalu lama... Its been a long time...

Sudah terlalu lama tidak bicara di laman ini... hehehe biar kita berbahasa sastera dulu sekejap...

What are we up to..

Firstly, we a very lucky and blessed  since 01 October 2012, Joining us in Youth Office is Mr. Roney Alfred Eming. He is from Kuala Penyu Sabah and a Bachelor In International Business (Hons) holder. For the time being he will be assisting myself and  Roselinah in youth office. Welcome to the group Roney and let us venture together in this ministry to share, gives life to other young people. "Kebahagiaan adalah Kekitaan"

Secondly, it's been a great learning and experiences in the Philippines, the two weeks Fondacio Asia Pastoral Gatehring has been a great time especially it enables us to re-connect to one another and to simply have time to share and listen to each other. Time with old friends, new one and Jesus is priceless. We hope Fondacio Asia will always remain the backbones to form young disciple toward Jesus mission in Asia. To continue foster friendships and companionship towards one another.

Thirdly, two weeks ago from 13-16 November we had a very beautiful extravaganza time with 312 teenagers in Colours of Youth . When this program developed in the first time, among the main objectives is for them to appreciate themselves, for them to realize that they were born with many colors and that colors is uniquely for them alone and all these a blessing from God who is love. Hopefully this 312 will continue to grow deeper in faith and relationships with God which finally will touch others life too.

addition... last week from 20-23 of November i had a very good time doing pastoral visit to few places. This time visit has once again strengthen my conviction, conviction to serve others and my call within this call to serve. (haha what am i writing...)

Finally, this week end starting from 30 Nov to 02 December, we will have our Youth Leader Recollection. A good number of 200 leaders from all over the diocese will convene in St. Anthony Parish of Tenom Sabah. In this time recollection, input on next year World Youth Day theme "Go and make disciples of all nations" will be given By Rev. Fr Ronnie Luni, "Year of Faith and Youth" and Ministry of Accompaniment" by Wilfred James and "Jesus Mission" and "Dreams" by Roselinah Francis.

So that its for now, oppss sorry no picture for now.. maybe next time...

by me
d'Dean of St James
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...