Tuesday, December 24, 2013

PESAN KRISMAS 2013 DAN TAHUN BARU 2014

Diocese of Keningau
P.O.Box 256, 89008
Keningau, Sabah, Malaysia

Puji dan syukur kepada Tuhan atas bimbingan dan perlindungan Roh KudusNya yang menyertai kita sepanjang tahun 2013. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang tahun 2013 kita sama-sama telah diingatkan supaya memantapkan Iman Kristian demi kasih kita kepada Yesus dan agar tidak mudah terpedaya oleh tarikan dan bujukan anti Kristus dalam hidup kita sehari-hari. 

Perjuangan dalam memantapkan Iman Kristiani kita adalah bersifat berterusan. Oleh itu mulai tahun 2014 sampai tahun 2018 kita akan berjalan bersama dalam Iman berlandaskan Tema Pastoral "KELUARGA BERPUSAT KEPADA KRISTUS, BERBUDAYA MENYEMBAH TUHAN, MEMANTAPKAN IMAN DAN BERTANGGUNGJAWAB SOSIAL."

Tema Pastoral ini diharap akan dapat kita sama-sama gunakan dalam membangun Iman Kristian mulai dalam keluarga sendiri menuju ke perayaan Jubli Perak sebagai keluarga besar Keuskupan Keningau pada tahun 2018. 

Memantapkan iman Kristiani kita adalah proses seumur hidup. Walaupun kita sudah menerima Kristus sebagai Tuhan kita dan menerima Sakramen Pembaptisan sebagai meterainya, namun kita perlu "tetap bersatu dengan Dia, berakar umbi dalam Dia dan dibangun diatas Dia". (Kol 2:6-7)

Dasar-dasar yang didoakan Yesus bagi kita pengikut-pengikutNya, dan yang perlu menjadi amalan kita sehari-hari ialah semangat "kesatuan, kesetiaan dan kekudusan" (Yoh 17:6-26). Untuk memantapkan iman Kristiani, kita perlu menyatukan diri kita dengan peribadi Yesus. Hanya apabila terjalin kesatuan kita dengan peribadi Yesus maka akan lahir sikap 'ambil peduli' pada kita terhadap kehadiran dan kehendak Yesus dalam tanggungjawab kita terhadap Tuhan, sesama dan alam ciptaanNya. Kesatuan kita dengan peribadi Yesus akan membolehkan kita memihak dan mentaati kehendakNya (Yoh 15:4-5, Luk 11:23). Kesatuan kita dengan peribadi Yesus akan membolehkan kita merancang dan mengatur hidup sentiasa mengutamakan Tuhan dan kehendakNya (Mat 6:33). 

Bagaimana dapat menjalinkan kesatuan dengan peribadi Yesus?
Sakramen pembaptisan yang kita terima menjadikan kita seorang murid Yesus dan menuntut kita supaya taat datang kepadaNya, mendengar kata-kataNya serta melakukan kehendakNya, agar iman diteguhkan (Luk 6:47-48). Dalam menjalinkan kesatuan kita dengan peribadi Yesus kita perlu berpandu kepada apa yang dikehendaki Yesus dari kita murid-muridNya iaitu "melupakan kepentingan sendiri, memikul salib tiap-tiap hari dan mengikuti Dia" (Luk (:23). Kehendak Yesus ini perlu menjadi dasar hidup kita setiap hari agar mendorong kita taat mahu mengambil masa berdoa, membaca, mendengar dan merenung firman Tuhan serta datang bersama menyembah Dia pada setiap Hari Minggu, tanpa mengabaikan tanggungjawab sehari-hari. 

Dengan terjalinnya kesatuan kita dengan peribadi Yesus tentu sekali kita akan terdorong ambil peduli dengan kebajikan rohani kita, seisi keluarga, KKD, Paroki dan Keuskupan. Begitu banyak pengaruh dalam masyarakat kita yang akan membuat kita Umat - anak-anak, belia, suami isteri - meragui kewujudan dan kehadiran Yesus pada masa ini. Ada yang meninggalkan Yesus. Apakah kita peduli?

Harapan kita bersama ialah agar sepanjang empat tahun berturut-turut (2014-2018) kita sama-sama berusaha menjaga kebajikan rohani keluarga kita agar dapat hidup berpusat kepada Yesus Kristus. Terdapat banyak cara dan saluran yang boleh membantu kita menjalin kesatuan dengan peribadi Yesus dan hidup berpusat kepadaNya. Hanya diri kita sendiri perlu datang dan menggunakan kesempatan-kesempatan rahmat yang, sedia ada dalam Gereja - Misa Kudus, Sakramen-sakramen, Saat Teduh, Adorasi, Seminar, Rekoleksi, devosi-devosi, Triduum, pertemuan-pertemuan Kelompok Doa, KKD dsb. Akan tetapi apakah kita ambil peduli?

Bagi pasangan-pasangan Katolik yang merancang untuk berkahwin selain seminar Pra-Perkahwinan yang diwajibkan untuk disertai, alangkah baik jika dapat mengambil inisiatif membuat persiapan rohani secara peribadi mahupun dalam keluarga, seperti Novena dan Retret, agar membantu mereka benar-benar dapat menghayati hidup membangun keluarga yang berpusat kepada Yesus Kristus. Kerana saya perhatikan selama ini keluarga mahupun pasangan yang akan berkahwin hanya sibuk membuat persediaan secara fizikal yang bersifat luaran dan sementara - makan minum, hiasan, pakaian dsb. Namun apapun saranan yang saya kemukakan adalah bergantung kepada sikap 'apakah kita mahu ambil peduli?'

Pada perayaan Krismas ini kita bersyukur kerana Tuhan sendiri sudah datang kepada kita, menjadi seorang manusia dan tinggal bersama kita (Yoh 1:14). Apakah sepatutnya respon kita terhadap cinta kasihNya?

Marilah kita mohon Roh Kudus menolong, mengajar dan mengingatkan kita akan ajaran-ajaran Yesus dalam perjalanan iman kita sehari-hari (Yoh 14:26) 

Bonda Maria doakanlah kami agar sentiasa mahu melakukan apa yang dikehendaki oleh Yesus (Yoh 2:5). 

Selamat Hari Krismas 2013 dan Selamat Tahun Baru 2014

RT.REV BISHOP DATUK CORNELIUS PIONG
BISHOP OF KENINGAU DIOCESE
SABAH MALAYSIA

Friday, December 20, 2013

"Life We Should Celebrate" - Year End Recollection - Komisi Belia

Berita Bergambar Rekoleksi Akhir Tahun Tim Komisi Belia Katolik Keuskupan Keningau
Tarikh: 25-28 November 2013
Tempat: Vicariate of Brunei Darussalam

Day 1 - 25 November 2013 - Our Journey to Brunei

View sepanjang perjalanan


Disambut oleh Bishop Cornelius Sim, Church of  Our Lady of the Assumption
Day 2 - 26 November 2013 - Retret Day

Looking Back Ourselves - "Sejauh mana keteguhan kita dalam pelayanan" - by Fr. Ronnie Luni


Sharing and Evaluation 

Day 3 - 27 November 2013 - Pilgrim Walk

First Destination - Church of Our Lady of Immaculate Conception, Seria 

Second Destination - St. John's Church

Third Destination - The Empire Hotel & Country Club Brunei
Final Destination - Our Lady of the Assumption
Closing Mass followed by Fellowship
Day 4 - 28 November 2013 - Going Back

Last Day - Birthday Fellowship for Fr. Arin before going back to Keningau

Finally, Year End Retret and Recollection 2013 was a blessing moment to each one of us. It was a time of renewing our relationship to God, to share our joys and challenges on our ministry and to strengthen our friendship among us. The story of the people we met, most specially Bishop Cornelius Sim, who was really spent time with us, was a great blessing. We thank God for everything.  And of course our retreat master Rev. Ronnie Luni. Thank you for your friendship, love and care to this ministry. God Bless Everyone!  

Tuesday, December 3, 2013

REKOLEKSI AKHIR TAHUN TPBK 2013


St. Valentine Beaufort - Seramai 240 orang pelayan belia berkumpul di Paroki St. Valentine Beaufort pada 15-17 November bagi menyertai program Rekoleksi Akhir Tahun Tim Pelayan Belia Katolik Keuskupan Keningau (TPBK). Objektif utama program ini adalah;
1. Agar pelayan belia dapat menilai perjalanan/pengalaman iman mereka dalam pelayanan TPBK sepanjang tahun 2013. 
2. Belajar, berkongsi, disegarkan dan memperbaharui anugerah iman yang telah mereka terima sepanjang tahun 2013.

Rekoleksi dimulakan dengan sesi pendaftaran seawal jam 1430 hingga 1730, diikuti perayaan ekaristi dipimpin oleh Rev. Ronnie Luni. Dalam homilinya, Rev. Ronnie mengingatkan bahawa para belia zaman ini merupakan sasaran utama kepada serangan-serangan dan godaan si Iblis. Kerana itu perlu dan mendesak agar para belia sentiasa mempunyai relasi yang dalam dengan Yesus Kristus. Rev. Ronnie juga menegaskan bahawa gereja sangat prihatin terhadap keperluan para belia namun memerlukan kerjasama daripada mereka dan sentiasa membantu rakan-rakan mereka yang lain untuk terus mengenali Tuhan Yesus. 
Selepas Misa Kudus, sesi "Praise and Worship" diadakan yang dikendalikan oleh belia Paroki St. Valentine Beaufort dan disusuli dengan mesyuarat TPBK. 
Hari Kedua dimulakan dengan doa pagi berbentuk "Body Prayer". Para peserta kemudian dibawa untuk melihat kembali perjalanan pelayanan mereka sepanjang tahun 2013 menerusi sesi "My Journey, Your Journey, Our Journey" oleh Koordinator Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Keningau, Roselinah Francis. Program kemudian diteruskan dengan bengkel dan pembentangan daripada para peserta yang dikendalikan oleh Roney Eming. Melalui bengkel ini, para peserta berpeluang melakukan analisis SWOT dan seterusnya dapat mengenali identiti mereka sebagai  belia di Paroki masing-masing. 
Aktiviti pada waktu petang diteruskan dengan dua sesi iaitu Stages of Discipleship dan Keseimbangan dalam Pelayanan yang disampaikan oleh Roselinah Francis. Melalui kedua-dua sesi ini, pemimpin belia diajak untuk terus memberikan komitmen mereka kepada gereja dan bersedia melayani para belia di Keuskupan Keningau, tidak kira siapa pun para belia yang akan mereka temui. 

Pada waktu malam, para peserta rekoleksi dihiburkan dengan persembahan-persembahan daripada semua Paroki yang terdapat di Keuskupan Keningau. Kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh setiap Paroki dalam membuat persembahan membuktikan belia di Keuskupan Keningau mempunyai bakat dan anugerah terpendam yang sangat-sangat diperlukan dalam kepimpinan belia.  

Rekoleksi Akhir Tahun TPBK 2013, diakhiri dengan Misa Kudus perutusan oleh Rev. Ronnie Luni. Di dalam Misa Kudus ini, Fr. Ronnie mengajak para belia agar sentiasa menekankan dan mengikuti serta mengamalkan sikap seperti Yesus dalam pelayanan. Tuhan Memberkati!




Monday, September 9, 2013

APA SIURANG BILANG DALAM BMK 2013

Shallom.. Berikut adalah sharing daripada rakan-rakan belia yang menyertai BMK 2013.. Marilah kita sama-sama baca apa sharing diorang berdasarkan renungan; "Selepas melalui pelbagai pengalaman iman dalam BMK 2013, apakah yang Tuhan mahu saya mengerti dan apakah yang Tuhan mahu saya lakukan..."  


NAMA         : IRENE CARMEN CHONG
PAROKI       : KSFX
PASTORAL  : SEPULUT, NABAWAN

“Semenjak saya mengenal Yesus dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Tuhan, saya percaya Dia sentiasa menyertai dalam segala sesuatu yang saya lakukan. Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa, kerisauan kadang-kala menghantui diri. Namun, keyakinan dan kepercayaan saya kepada Dia semakin teguh sepanjang saya berada di Sapulut. Saya dapat merasakan kehadiran-Nya setiap kali saya dalam kebimbangan dan semasa saya melaksanakan aktiviti yang telah dirancang bersama dengan umat. Roh Kudus benar-benar bekerja keras dalam diri saya. Amalan berdoa amat membantu saya dalam bekerja menjayakan rencana-Nya. Perkembangan iman saya selepas bersama dengan komuniti Katolik di sana boleh diumpamakan seperti benih yang mula bercambah setelah disemai. Benih iman saya bertambah baik dan berkembang dengan disinari cahaya kebenaran, disirami dengan hujan Sabda, dibajai dengan keyakinan dan kepercayaan serta dikuasai oleh Roh Kudus. Saya amat bersyukur atas segalanya.”


NAMA            : BRYN BAAN
PAROKI         : KSFX
PASTORAL   : SEPULUT, NABAWAN

“Saya mengalami keadaan perit dan risau pada masa apabila saya mula masuk ke Kg. Sepulut itu kerana belum biasa dengan keadaan kampung tersebut. Perkembangan iman saya selepas 5 hari berada di kampung itu amat baik sekali lebih-lebih lagi selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam hidup saya dan amat baik sekali apabila dapat berkomunikasi dengan penduduk kampung dan dari situlah iman saya mula bertumbuh. Saya juga dapat membiasakan diri di kampung tersebut dengan berkat dan doa serta dorongan rakan-rakan dan saya juga bersyukur kepada Tuhan kerana semangat doa saya selama ini berhasil juga.”





NAMA             : PEARLY ANN JOHN
PAROKI           : ST. PETER, BUNDU KUALA PENYU
PASTORAL      : KG. MAATOL, SOOK

“Selama berada di Kg. Maatol, saya tertarik dengan pergaulan komuniti yang begitu mesra meraikan kehadiran ahli-ahli BMK yang dihargai dalam komuniti ini. Kemesraan ini menyedarkan saya bahawa kasih Kristus ada di dalam kalangan komuniti kampung. Di sana juga, saya memimpin Doa Kerahiman Ilahi bersama keluarga angkat dan saya bersyukur kerana kasih Kristus sentiasa hadir dalam pelayanan  kami dan kehadiran kami mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.”


NAMA         : CHRISTINA PRIMUS
PAROKI       : KSFX
PASTORAL  : KG. MAATOL


“Saya bersyukur kerana dapat melayani bersama keluarga angkat. Selain bersama-sama dalam berdoa Rosari dan Kerahiman Ilahi, saya juga telah berkongsi Sabda Tuhan bersama dengan keluarga angkat di kampung melalui pembacaan harian Alkitab. Puji syukur saya dalam program BMK ini, saya merasai bimbingan Tuhan dalam membantu komuniti Kg. Maatol lantas menghidupkan Firman Tuhan dan Saya juga telah memberanikan diri mengatasi sifat pemalu yang ada dalam diri saya sebelum menyertai BMK ini.”







NAMA          : JAYSON CYRELLIUS BIN JULIUS
PAROKI       : ST. ANTHONY, TENOM
PASTORAL  : KG. MALAING

“Tuhan ingin supaya saya belajar dalam hidup kesederhanaan di samping mengalami cinta kasih antara satu sama lain serta menerima segala cabaran dan rintangan yang saya lalui dalam hidup ini. Tuhan juga mahu saya menjadi utusanNya sebagai pewarta Khabar Gembira kepada penduduk Kampung Malaing dan Tuhan mahu saya mempunyai keyakinan dan keberanian dalam melakukan sebarang aktiviti. Selain itu, apa yang Tuhan mahu saya lakukan juga adalah supaya saya dapat melakukan tugas mahupun pelayanan saya dengan sempurna dan mengatasi kelemahan pada diri saya... Tuhan mahu saya menjadi seorang yang boleh memimpin dan seorang yang berani dalam melaksanakan apa-apa program. Semoga Tuhan memberkati saya untuk menjadi pewarta Khabar Gembira kepada umat kristian yang masih sesat jalan.”




NAMA   : VALENTINE VENSONLE PETRUS
PAROKI      : KSFX
PASTORAL : KG. SIMBUAN

“Saya telah memilih untuk berani kerana benar, sebab saya tahu, Tuhan mendorong dan memimpin saya ke jalan yang benar dengan kuasa Roh kudusNya yang membantu saya. Saya juga mengambil sikap rendah hati, di mana Kasih Allah telah meneguhkan iman saya, sebab saya percaya bahawa saya telah diutus seperti dalam sabdaNya: “Pergilah dan jadikanlah semua bangsa muridku”Mat 28:19. Saya telah menghayati dan mengamalkan SabdaNya di dalam bimbingan Roh Kudus lalu memberitakannya dan saya percaya semua umat yang kudus akan percaya akan Tuhan dan sentiasa mengutamakan Tuhan di dalam kehidupan seharian mereka.”




NAMA         : ROSALIA WONG
PAROKI     : ST. ANTHONY, TENOM
PASTORAL : KAMPUNG SIMBUAN, SOOK

“Saya benar-benar merasakan kehadiran Tuhan Yesus dalam diri saya. Saya kini lebih berani dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan ramai orang. Tuhan sentiasa melakukan yang terbaik untuk hidup saya. Bila saya memerlukan rakan yang berpengalaman dalam kumpulan saya, Dia lebih dahulu tahu apa yang saya perlukan. Dia berikan saya kawan yang baik dan sanggup bersusah-senang dalam pelayanan di kampung yang saya lawati.     
Saya lebih mempercayai bahawa Tuhan itu hadir dalam diri saya sendiri. Rohnya ada di dalam diri saya. Tuhan mahu saya lebih memahami orang lain dan menjadi pengantaranya. Saya berjanji akan terus setia dengan program BMK dan menjadi saksi-saksiNya mempertahankan kebenaran.”



NAMA           : LORENZO JENISE
PAROKI        : KSFX
PASTORAL   : KG. SIMBUAN

“Akhirnya saya faham dan mula mengerti apa yang Dia telah rencanakan untuk saya. Tuhan mahu saya masuk dalam komuniti di kampung ini dengan menjadikan diri saya anggota keluarga mereka. Saya tetap berusaha untuk mengaplikasikan  carta 3 segi gereja kita iaitu, lihat, nilai dan bertindak. Saya mula dibaharui, dan terang dalam hati saya yang selama ini sudah terpadam, mulai bersinar kembali walaupun mungkin belum lagi ‘terlampau terangkan’… tapi saya bersyukur sebab Tuhan sentiasa  hadir dalam diri saya. Saya mulai sedar, Firman Tuhan itu sentiasa berkaitan dan meliputi sepanjang hidup ini. Dengan bekerja dalam komuniti, Iman itu berkembang lebih cepat, dan saya mula menerapkan sikap pemaaf dan juga mula lebih menyintai Tuhan Yesus Kristus… Terima kasih Yesus. ...Saya betul-betul merasakan kehadiran Tuhan di sekeliling saya dan ini adalah satu tugas baru yang Tuhan mahu saya lakukan iaitu, mencari kebenaran dan mengaplikasikannya dalam hidup agar saya betul-betul berjalan di dalamnya seperti dalam tema BMK tahun ini, “Go, and make disciple of all nation” Mat 28:19”.


NAMA           : CLARICE JAMES
PAROKI        : KSFX
PASTORAL : KG. SANANG

“Sepanjang berada di Kg. Sanang, saya lebih percaya pada kata hati saya sendiri kerana saya dapat merasakan Roh Kudus berkarya di dalam diri saya. Saya juga percaya kepada InjilNya yang hidup melalui doa saya di dalam apa jua keadaan hidup ini seperti kesusahan yang sedang dihadapi oleh orang lain. Kedatangan saya ke Kg. Sanang seperti telah dirancang dan tugas telah tersedia bagi saya untuk dikerjakan. Sepanjang berada di kampung, saya mula belajar hidup sederhana, percaya pada rencanaNya, menggunakan bakat yang ada pada diri demi kemuliaanNya, bersikap bekerjasama dan saling membahagiakan dan mengubah kebiasaan hidup saya yang lama dan tidak bererti kepada yang lebih bererti. Saya percaya Tuhan mahu menyatakan kasihNya kepada saya walau dalam apapun keadaan."



NAMA             : LISSA JOHANNES
PAROKI          : ST. PETER BUNDU, KUALA PENYU
PASTORAL      : KG. SANANG

 “Banyak pengalaman yang berharga bersama mereka terutama sekali bersama anak-anak kecil di sana membuat saya terhibur. Kebaikan, keramahan, suka tolong-menolong dan sikap hormat membuatkan saya berasa istimewa semasa berada di situ. Walaupun begitu, saya belajar untuk lebih terbuka dan bersikap merendahkan diri dan saya lebih suka melakukan aktiviti bersama-sama mereka daripada dilayan istimewa.
Setelah mengalami pengalaman bersama keluarga angkat di kampung, saya dapat merasakan bahawa Tuhan ingin memberitahu saya supaya tidak perlu takut dan khuatir dalam keadaan hidup yang mencabar. Apa yang perlu saya lakukan adalah saya hanya perlu melihat Dia menggunakan mata iman dalam situasi apapun dalam hidup saya. Saya perlu lebih mendekat diri kepada-Nya dengan taat berdoa dan menghayati firman Tuhan setiap hari. Selain itu, setelah melihat keadaan umat Kg. Sanang yang memerlukan bimbingan dari segi rohani saya akan cuba membantu mereka untuk mendapatkan rujukan seperti buku-buku yang berkaitan iman, doa-doa, dan lagu-lagu rohani. Mungkin juga Tuhan mahu saya melihat dan membantu orang-orang yang memerlukan di sekeliling saya samada dalam keluarga, pelayanan, komuniti, dan di tempat kerja saya.”



NAMA: RONEY ALFRED EMING
PASTORAL : KG. MALAING

“Dalam segala pengalaman yang saya lalui di Kg. Malaing, saya mendapati Tuhan mahu saya lebih tabah dalam pelayanan dan meneruskan keinginan saya untuk melihat dengan mata iman akan keperluan-keperluan umat Allah di mana sahaja mereka berada sama ada yang susah atau senang. Ini kerana, saya merasakan Tuhan mahu saya membantu umat-umatnya yang masih berkekurangan dari segi pembangunan rohani terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang sukar dijangkau oleh para paderi mahupun pihak gereja.”

Thursday, September 5, 2013

KASIH TUHAN BERSINAR DI BMK 2013

KENINGAU - Program Belia Masuk Kampung (BMK) 2013 telahpun melabuhkan tirainya pada 18 Ogos yang lalu setelah dimulakan pada 02 Ogos 2013. Dengan tema "Pergilah dan jadikan semua bangsa muridKu" Mat 28:19, program ini disertai oleh 11 orang belia dari beberapa paroki seperti Paroki Katedral St. Francis Xavier Keningau, Paroki St. Peter Bundu Kuala Penyu dan juga Paroki St. Anthony Tenom. 

          Seperti tahun-tahun yang sudah, BMK pada kali ini juga menggunakan pendekatan yang sama di mana ianya dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama: MENERIMA, fasa kedua: MELAKUKAN dan fasa ketiga: INTEGRASI.
Di dalam fasa pertama iaitu dari 02 hingga 06 Ogos, para peserta diajak untuk mengambil berat akan isu-isu semasa termasuk sejarah-sejarah gereja melalui pelbagai sesi ceramah, perkongsian dan pengetahuan am. Diantara sesi ceramah yang disampaikan adalah Introduction to Diocese Keningau, Sabah:Politik, Sosial & Ekonomi, Personal Development Plan, Church History, Catholic Theology of Religion, Pengislaman dan juga Children Care. Sesi-sesi ini disampaikan oleh para penceramah yang berpengalaman dan pakar dalam  bidang masing-masing.
Sesi ceramah
Kusyuk mendengar...
Perbincangan berkumpulan
Community Prayer

Misa Kudus
Action Song
        

Fasa kedua ialah pada 07-12 Ogos 2013 di mana dalam fasa ini, para peserta telah dihantar ke kampung-kampung terpilih sebagai kawasan pendedahan untuk melakukan tugasan pastoral setelah melalui pembentukan selama 5 hari. Sebanyak 5 buah kampung telah menjadi kampung angkat di bawah jagaan paroki KSFX dan Roh Kudus Sook iaitu Kg. Sanang, Kg. Malaing, Kg. Simbuan, Kg. Maatol dan Kampung sekitar Pekan Sepulut. Kesemua kampung ini mempunyai demografi yang berbeza-beza dan para peserta sudah pasti mengalami pengalaman yang berbeza apabila bersama keluarga angkat di kampung masing-masing. Sepanjang tempoh pendedahan ini, para peserta menjadi utusan Tuhan untuk menjadi garam dan terang dunia untuk membawa khabar gembira tentang Yesus Kristus ke tempat pendedahan masing-masing. Para peserta juga mengikuti aktiviti keluarga angkat dan umat di kampung disamping mengongsikan pengetahuan mereka tentang isu-isu semasa dan melakukan pelayanan rohani. 
Program BMK ini sememangnya merupakan satu program yang dinanti-nantikan oleh masyarakat jauh di kawasan pedalaman. Ini kerana mereka melihat program ini mampu menyuntik semangat rohani dan perjuangan kepada para masyarakat, terutama nya para belia dan kanak-kanak dalam memperolehi kejayaan. Bagi masyarakat yang dilawati, ianya merupakan satu rahmat cinta kasih Tuhan kepada mereka. Dengan perkongisan pengetahuan sama ada rohani, akademik atau sukan rekreasi ianya telah memperlihatkan mereka bahawa Gereja juga prihatin dan mengutamakan pembangunan secara penuh di tempat mereka.
Sekembalinya dari kawasan pendedahan, para peserta berkumpul kembali di PPK, KSFX untuk melalui fasa ke-3 di mana para pserta akan mengongsikan pengalaman-pengalaman iman mereka sepanjang pelayanan pastoral mereka di kampung angkat kepada rakan-rakan lain dan para fasilitator. Para peserta membuat laporan bertulis mengenai pemerhatian mereka sepanjang berada di kampung dari segi politik, social, ekonomi, geografi, perkembangan iman umat dan juga analisis SWOT yang disertai dengan cadangan dan rekomendasi. Laporan ini di adaptasi juga dalam bentuk pembentangan menggunakan slideshow. Para peserta juga diajak untuk menghargai dan merasai keindahan alam ciptaan Tuhan melalui ‘outing’ ke sungai Bunsit untuk melepaskan segala kepenatan/kelelahan. Dalam fasa integrasi ini juga, para peserta diajak untuk berdiam bersama Yesus dalam sesi Silence Retreat yang dipimpin oleh Fr. Giovanni, CSE dan sesi pembasuhan kaki dalam sesi perdamaian.
Mari panggang manuk
Mandi-manda

sebelum berangkat pulang

Silent Retreat di Tatal
Hari terakhir, pada sebelah pagi diadakan Misa Kudus Pengutusan di mana para peserta BMK membacakan Janji Komitment mereka iaitu apa yang akan mereka lakukan selepas pulang dari BMK ini. Sebelah malam, para peserta bersama-sama dalam Fellowship Community Celebration bagi meraikan kejayaan program BMK ini sebelum berpisah pada keesokannya. Secara tidak langsung, program ini telah berjaya membantu para belia untuk lebih menghargai hidup sebagai belia katolik.
Janji Komitment

Malam persaudaraan...


Tuesday, July 30, 2013

BERMULA SEKALI LAGI

Program Pertemuan Komisi Belia Katolik Keuskupan Keningau Bersama AJKT MPP KSFX
Pengerusi-Pengerusi ZON, Pengerusi-Pengerusi Belia ZON Paroki KSFX


KSFX, Keningau – “Bermula Sekali Lagi” merupakan tema Pertemuan Tim Komisi Belia Katolik Keuskupan Keningau bersama dengan AJKT MPP KSFX, Pengerusi-pengerusi Zon dan Pengerusi-pengerusi belia Zon, Paroki KSFX pada 27 Julai yang lalu. Seramai 23 orang telah menghadiri pertemuan tersebut.
Misi utama pertemuan ini diadakan adalah untuk membantu Kerasulan Belia di Peringkat Paroki KSFX untuk berjalan bersama dengan pemimpin gereja di Paroki KSFX sebagai sebuah keluarga di dalam Yesus Kristus. Pertemuan yang diadakan kali pertama ini mempunyai tiga objektif iaitu mengongsikan realiti dan situasi yang berlaku dalam Kerasulan Belia Katolik Paroki KSFX, mengongsikan keperluan serta cabaran yang dialami KBK KSFX dan mengongsikan Pelan Perancangan Pastoral khusus kepada Kerasulan Belia KSFX.
Pertemuan ‘Bermula Sekali Lagi’ bermula pada jam 8.30 pagi iaitu ketibaan dan minum pagi bersama disusuli pewartaan Injil dan doa pembukaan oleh Bishop Cornelius Piong. Program diteruskan dengan kata-kata aluan dan penerangan ringkas perjalanan program dan  objektif pertemuan oleh Koordinator Komisi Kerasulan Belia, Sdri. Roselinah Francis.
Program Pertemuan tersebut Kemudian diteruskan dengan perkongsian daripada Bishop Cornelius Piong yang bertajuk Visi, Misi, Harapan Diosis Keningau. Di dalam perkongsian ini, Bapa Uskup mengajak semua yang hadir untuk melihat kembali apa yang telah berlaku di Keuskupan Keningau. Bapa Uskup juga telah mengongsikan Sejarah Penubuhan Keuskupan Keningau serta cabaran-cabaran yang dihadapi ke arah penubuhan sebagai sebuah Keuskupan.
“Pada mulanya saya tidak tahu apa yang harus dilakukan, maka saya mengumpul semua paderi, religious dan umat awam untuk merangka perancangan pastoral untuk Keuskupan Keningau yang dipanggil ‘PUKAT’ – Perhimpunan Umat Katolik” – Bishop Cornelius Piong


Di dalam perkongsiannya, Bapa Uskup juga mengingatkan agar belia KSFX selalu bersama dengan belia-belia ZON, KUK dan KKD dengan semangat dan melakukannya dengan kehadiran Yesus. Kerana tanpa cintakasih kepada Yesus, pelayanan itu bukan sahaja kosong tetapi mudah lemah. Dalam pelayanan, kebersamaan dan kesatuan dengan Yesus harus ada.  

Selepas perkongsian daripada Bishop Cornelius Piong, pertemuan diteruskan dengan “Bermula Sekali Lagi” oleh Roselinah Francis. Di dalam sesi ini, Roselinah Francis telah mengongsikan situasi dan realiti yang berlaku di dalam Kerasulan Belia Paroki KSFX yang memerlukan perhatian daripada semua pihak. Akhirnya, pelan perancangan pastoral dibentangkan untuk dibincangkan bersama seterusnya disusuli oleh sesi dialog terbuka. Dialog terbuka yang mengambil masa 1 jam 50 minit jelas menunjukkan bahawa kesatuan diantara semua pihak amat perlu dalam perkembangan iman para belia. Program pertemuan kemudian diakhiri dengan doa penutup oleh Fr. Ronnie Luni disusuli oleh nyanyian lagu Wawasan, Visi dan Misi Keuskupan Keningau iaitu “Umat Allah Berjalan Bersama”. Kemudian diikuti oleh fellowship kesyukuran Ulangtahun Pentahbisan menjadi Imamat Fr. Ronnie Luni.  


Tuesday, July 16, 2013

PROGRAM PERTEMUAN BELIA KE-2

PAROKI HOLY CROSS TOBOH DAN PAROKI ST.THERESA, TAMBUNAN

Oleh: Felsie S. Filex

TAMBUNAN- Lebih kurang 40 orang belia telah menghadiri program pertemuan belia ke-2 pada 6 JULAI 2013. Program ini telah diadakan di dewan Ton Putman, Holy Cross Toboh.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi persahabatan dalam kalangan pemimpin belia daripada kedua-dua paroki. Selain itu, program ini juga mengajak para belia untuk menyedari bahawa pelayanan di dalam belia itu memerlukan kesatuan daripada semua belia.

Pertemuan belia tersebut bermula pada jam 8.30am yang dimulakan dengan pendaftaran belia daripada seluruh paroki HCT dan STT. Seterusnya, pertemuan ini diteruskan dengan doa pembukaan, pujian dan ice breaking.


Selepas sesi ice breaking, pertemuan tersebut diteruskan dengan aktiviti “hand in hand”(treasure hunt). Aktiviti ini bertujuan agar para belia menyedari semangat kesatuan itu penting dalam sesebuah komuniti dan juga menyedari realiti belia pada hari ini.
Melalui perkongsian, daripada saudari Roselinah selaku fasilitator bagi program ini dan juga perkongsian daripada rakan-rakan yang lain,para belia disedarkan bahawa banyak situasi yang berbeza berlaku kepada belia pada hari ini. Tambahan lagi, dengan perkongsian  daripada Fr. Roney Mailap sendiri yang menyatakan bahawa “sebagai komuniti kita sangat memerlukan antara satu sama lain walaupun kita Smempunyai sifat dan sikap yang berbeza”.




Bergambar bersama dengan semua peserta
Pada akhir pertemuan tersebut, sekali lagi ditekankan sebelum doa penutup bahawa, kesatuan dalam kalangan para belia sangat penting dalam pelayanan sebagai kerasulan belia katolik  di setiap KKD, KUK, Paroki mahupun di bahagian Keuskupan. Selepas doa penutup, acara bergambar bersama telah diadakan. 

“Perbezaan sifat atau sikap dalam diri seseorang bukanlah penghalang untuk mengadakan kesatuan dalam komuniti”

Saturday, June 29, 2013

"Singapore Youth Exchange" - rahmat untuk para belia Paroki Sook


GEREJA ROH KUDUS, SOOK – Kehadiran rombongan dari Holy Family Parish, Singapore merupakan berkat bagi peserta Program Pertemuan Belia 2 di Gereja Roh Kudus, Sook pada 23 Jun 2013. Rombongan yang diketuai oleh Fr. Damian, Pembimbing Rohani Belia Holy Family Parish, Singapore bersama-sama dengan Andrew Lin, Koordinator Belia, Aloysius, Pelayan Altar dan Jennifer, Katekis telah mengadakan lawatan ke Keuskupan Keningau bermula 20 hingga 24 Jun 2013. Objektif mereka mengadakan lawatan ini adalah untuk; 
1) mengalami sendiri kehidupan masyarakat Kristian di kawasan Kampung
2) melihat dan mengalami pelayanan belia di Keuskupan Keningau


Pada Program Pertemuan yang ke-2 ini, para peserta yang hadir iaitu seramai 12 orang berpeluang mendengar perkongsian iman daripada rombongan yang hadir. Fr Damian, selaku ketua rombongan menyatakan rasa syukurnya kerana berkesempatan walaupun satu jam bersama dengan para belia di Paroki Roh Kudus Sook. Koordinator Belia Holy Family Parish, Singapore Andrew Lin, mengongsikan pengalamannya sebagai belia yang bekerja sepenuh masa dengan gereja. Beliau menyatakan keinginannya untuk melayani adalah kerana kasihnya kepada Tuhan Yesus Kristus. Kehadiran 



Pada Program Pertemuan yang ke-2 ini, para peserta yang hadir iaitu seramai 12 orang berpeluang mendengar perkongsian iman daripada rombongan yang hadir. Fr Damian, selaku ketua rombongan menyatakan rasa syukurnya kerana berkesempatan walaupun satu jam bersama dengan para belia di Paroki Roh Kudus Sook. Koordinator Belia Holy Family Parish, Singapore Andrew Lin, mengongsikan pengalamannya sebagai belia yang bekerja sepenuh masa dengan gereja. Beliau menyatakan keinginannya untuk melayani adalah kerana kasihnya kepada Tuhan Yesus Kristus. Kehadiran Aloysius, Pelayan Altar, 20 tahun, membuka mata pemimpin belia di Paroki Sook menyedari bahawa usia yang muda tidak menghalang seseorang itu untuk melayani di ladang Tuhan. 

Program Pertemuan Belia diteruskan dengan sesi perkongsian daripada semua pemimpin belia Paroki Gereja Roh Kudus Sook. Soalan renungan yang diberikan adalah “Secara peribadi, apakah yang menyentuh peribadi saya sepanjang sesi perkongsian bersama dengan rombongan dari Singapore?. Secara keseluruhannya, kesemua peserta berasa bersyukur dengan kehadiran rombongan Singapore. Selepas perkongsian daripada kesemua peserta, sintesis singkat diberikan oleh Roselinah Francis, disusuli dengan doa penutup. 

Suara Hati Peserta Pertemuan Belia 2, Paroki Sook

"Saya sangat terharu dengan kehadiran rombongan Fr. Damian. Mendengar perkongsian mereka tentang pelayanan, saya melihat diri saya sebagai Pengerusi..apa yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya harus sampaikan kepada para belia. Kadang-kala saya putus asa..dan saya perlukan bantuan" 
- Jessica, Pengerusi Belia Paroki Roh Kudus Sook

"Mendengar pengalaman Aloysius tentang pekerjaan Roh Kudus dalam hidupnya, saya mula merenungkan pengalaman saya sendiri. Adakah selama ini saya menyedari pekerjaan Roh Kudus dalam kehidupan saya?"
- Bonnanna


 “Mendengar Andrew Lin mengongsikan pelayanannya; ‘melakukan semuanya kerana kasih’, dalam pelayanan, saya perlu belajar mengetepikan kepentingan diri sendiri. Semuanya untuk perkembangan iman para belia dan apa saja pengalaman yang saya alami terutama hari ini, saya perlu kongsikan itu kepada orang lain.”
- Rozario

“Gereja memerlukan tenaga seperti kami untuk melayani. Sekarang ini, saya melayani dalam IKK kerana saya melihat kekurangan pelayan IKK di KUK kami. Kehadiran Fr. Damian dan rombongannya, memberi saya kekuatan dan harapan baru bahawa apa yang saya lakukan sekarang ini tidak sia-sia.”
- Rozelya

“Saya sangat tersentuh dengan kata-kata Fr. Damian “Dalam pelayanan, jangan lupa berdoa dan selalu baca Alkitab”. Ini mengingatkan saya kembali kepada sikap saya sendiri. Saya percaya kehadiran saya hari ini adalah panggilan Tuhan. Dan dengan kata-kata fr. Ini saya perlu berusaha berdoa dan merenungkan firman Tuhan."
- Andrian

"Kehadiran rombongan dari Singapore, terutamanya perkongsian Aloysius, saya bertanya kepada diri saya, ‘Kenapa dia, dalam usia yang begitu muda sudah melakukan pelayanan di luar? Kenapa saya tidak boleh?’ Dalam pelayanan, saya seringkali menolak apabila dipanggil melayani. Hari ini, Tuhan menegur saya agar selepas ini melayani dengan sepenuh hati saya."
- Edward

"Mendengar perkongsian daripada mereka, timbul perasaan cemburu dihati saya. Pelayanan itu bukan senang. Ia memerlukan pengorbanan"
- George

"Sebagai pemimpin belia di tempat saya, saya sangat berharap para belia dapat bersatu hati dalam pelayanan. Walaupun banyak cabaran yang saya lalui, saya percaya kalau saya mohon pertolongan Tuhan Yesus, pasti cabaran itu dapat saya hadapi dengan mudah."
- Erlinda

"Kehadiran mereka di sini menjadi cermin kepada diri saya sendiri. Pengalaman yang telah mereka kongsikan memberi penghiburan kepada saya dalam pelayanan. Semoga Tuhan memberkati mereka!"
- Anjella

"Saya bersyukur kerana saya dapat datang. Saya percaya Yesuslah yang memanggil saya sehingga saya dapat bertemu dengan mereka. Saya sangat kagum dengan semangat pelayanan mereka."
- Ivy Jun

"Untuk menjadi seorang ketua bukanlah senang. Setiap kita berperanan memberi sokongan doa dan apa juga bentuk sokongan yang dapat kita berikan."
- Annas

"Saya melihat kesungguhan mereka dalam pelayanan dan menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka dengan sungguh-sungguh. Kedatangan mereka mengingatkan saya kembali pelayanan saya terutama selepas saya tidak menjawat apa-apa jawatan dalam belia."
- Donny Gagit

"Saya tersentuh dengan keperibadian dan sikap keterbukaan mereka dalam pelayanan. Mereka berani mengambil keputusan untuk datang di Keuskupan Keningau. Selain itu saya melihat mereka begitu berani mencuba sesuatu yang baru. Semua ini menimbulkan persoalan dihati saya. Kenapa mereka melakukan ini? Apa yang saya pelajari daripada mereka adalah, belajar untuk melihat sesuatu diluar kebiasaan saya."
- Roney Alfred

"Saya begitu tersentuh dengan perkongsian daripada Aloysius yang mengatakan “Kalau bukan kerana Andrew, saya tidak akan berada disini”.. kata-kata ini mengiingatkan saya kepada seorang sahabat saya yang tidak pernah putus asa membawa saya kembali kepada Tuhan Yesus. Hari ini saya benar-benar berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya sahabat yang tidak pernah putus asa. Tuhan bekerja dalam dia. Menyebarkan kasih itu bukan mudah. Perlu banyak bersabar. Saya harap saya tidak mudah putus asa..berusaha untuk berubah."
- Irene Carmen

"Melihat keputusan Bible Knowledge di sekolah, saya benar-benar kecewa. Namun, pertemuan saya dengan Bapa Uskup memberi penghiburan kepada saya agar tidak terlalu kecewa. Pada hari ini, kehadiran rombongan Singapore mengingatkan saya betapa pentingnya orang lain dalam pelayanan."
- Shane Alex

"Kehadiran rombongan Singapore ke Paroki Sook merupakan satu hadiah kepada para belia disini. Persahabatan seperti ini mampu memberi kesaksian hidup kepada semua belia. Mendengar 'feedback' daripada peserta Pertemuan 2 selepas sesi perkongsian rombongan Singapore, saya percaya Tuhan telah menanamkan benih didalam hati mereka. " 
- Roselinah Francis



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...